Saturday, December 19, 2009

Cintaku Milikmu 4

Johan menyentuh lembut pipi si kecil yang berada di atas ribaan isterinya, si kecil yang baru terlena itu bergerak-gerak sedikit, mungkin terkejut dengan sentuhan dari papanya.
“Abang ni, Dian baru je nak tidur, jangan lah kacau dia, Dian terjaga nanti, abang tidurkan dia balik. Dah lah seharian dia meragam hari ni, penat tau nak pujuk dia tidur tadi.”
Syafina menjauhkan dirinya sedikit daripada Johan, mengharapkan suaminya itu tidak mengganggu si kecil itu lagi.
“Alah, nak manja sikit dengan baby pun tak boleh..”
“Nak bermanja pun tunggu dia bangun tidur ok.. dia tengah tidur ni, jangan kacau.. kalau tidak malam ni abang tidur kat luar.”
Johan tersengih seperti kambing tua mendengarkan kata-kata isterinya yang berbaur ugutan itu.
“Abang, bila Iz nak datang sini? Hari tu masa cukur jambul pun dia tak datang..”
“Nanti dia datang lah, masa kenduri tu dia sibuk, tak dapat datang, sekarang ni isteri dia pula masuk hospital, lagi lah dia tak boleh datang.”
“Hah..! Kenapa isteri dia masuk hospital?”
“Darah rendah, nasib baik baby dia tak jadi apa-apa..”
“Ish.. macam-macam lah..”
“Sayang, nanti kalau Iz dan Nisya datang rumah kita, sayang jangan tanya banyak-banyak tau, nanti tak terjawab pula diorang, lagipun abang taknak lah Nisya tahu yang abang banyak tahu tentang dia dengan Iz.. Sayang faham-faham sendiri lah..”
“Saya tahu lah, abang jangan risau, tapi kan bang, tak sabar rasanya nak berkenalan dengan isteri Iz tu, macam mana lah rupa dia kan. Dia muda 11 tahun dari Iz kan?”
“Ye, dah jodoh diorang kan..”
“Tak sangka kan, disebabkan Maisarah, porak peranda hidup Iz, tak pasal-pasal Nisya tu pula jadi mangsa.”
“Dulu lagi abang dah bagitau pada Iz, Sara tu tak sesuai dengan dia, tapi dia degil.. nak juga dengan Sara tu sampai sanggup ditangkap basah.”
“Sampai sanggup ditangkap basah? Maksud abang, diorang memang merancang untuk ditangkap basah?”
“Ye lah, kan dua-dua keluarga tak setuju, itu sajalah jalan keluar yang diorang boleh fikir, cetek akal betul. Bercinta bagai nak rak, bila kahwin, baru kahwin dua tahun dah bercerai.”
“Dah tak ada jodoh bang, nak buat macam mana. Sanggup Sara tinggalkan Ikmal tu kan, kalau Ina, sehari tak jumpa si kecik ni, tak tahu lah jadi apa, boleh sasau..”
“Baby je ke? Kalau tak jumpa abang sehari, tak sasau ke?”
Johan tersenyum nakal sambil menarik hidung Syafina.
“Ish..! sakit lah bang..! Mula lah nak tukar topik tu.. ”
“Eh, tak baik tinggi suara dengan suami tau, berdosa..”
“Sorry.. tapi sakit la abang tarik hidung Ina tadi..”
“Ala, sakit ke? Sorry ye..”
Johan mengosok perlahan hidung Syafina, dia sekadar hendak bergurau, tidak terniat dalam hatinya untuk menyakiti isterinya itu. Tanpa disangka-sangka, Johan pantas mengucup pipi anaknya di atas ribaan Syafina, tindakan mengejutnya itu telah menyedarkan Dian dari lenanya. Bulat mata Syafina melihatkan kelakuan Johan.
“Abang..! Dian dah terjaga ni..! Abang tidurkan dia balik, Ina penat lah dari tadi meriba dia, dah lena, abang pulak kacau..”
“Alah, sayang pujuk lah sekejap, abang nak mandi la..”
Ujar Johan sambil mengangkat punggung untuk melarikan diri, dia bukan tidak mahu memujuk anaknya itu, tetapi dia takut untuk mendukung si kecil itu, bimbang jika dia tidak pandai memegang anaknyanya itu dan menyebabkan kecederaan.
“Abang..! Ina tau lah abang takut, tapi Ina tak kira, abang tolong pujuk Dian, dah buat salah, tak nak tanggung ye.. Ambil ni..”
Terkial-kial Johan cuba menyambut Dian dari dukungan Syafina, dengan berhati-hati Johan mendukung anaknya yang baru memasuki usia dua bulan itu.
“Yang.. jatuh anak kita nanti..”
“Tak ada nye jatuh, Ina jaga ni, belajar-belajarlah dukung anak, dah dua bulan pun takut lagi nak dukung anak sendiri..”
“Sshh.. sshh.. jangan la nangis sayang.. sorry, papa janji lepas ni tak kacau Dian tidur dah.. tidur ye.. jangan la menangis..”
Syafina tersenyum senang melihat Johan yang sedang berusaha memujuk anaknya itu, terserlah sifat kebapaannya.
“Emm.. tidur pun.. pandai tak abang pujuk dia?”
Johan tersenyum bangga kepada Syafina, setelah hampir setengah jam akhirnya berjaya juga dia memujuk puteri kecilnya itu.
“Sshh.. cakap perlahan sikit, nanti dia jaga balik.. anak abang ni telinga lintah tau..”
“Ye.. tahu lah..”
Dengan berhati-hati Johan meletakkan anaknya itu ke dalam baby court, tidak mahu mengganggu tidur anak kecil itu lagi. Hatinya senang melihat Dian tidur dengan lena.
*****************************************************************



“Nisya, makan lah sikit, nanti perut tu masuk angin..”
“Nanti Nisya makan lah, abang Iz ni tak nak balik office ke? Dah pukul berapa ni?”
“Tak, abang kerja half day hari ni, susah hati dengan Nisya, Ibu cakap dari pagi tadi Nisya tak makan, betul ke? Nisya tak kesian dengan baby ke? Jadi apa-apa kat baby macam mana?”
‘Ingatkan risau pasal aku, tapi risau pasal anak dia rupanya.. Benci lah..!’
Izdihar memandang wajah kelat Banisya, sejak pulang dari wad tiga hari yang lalu, Banisya sudah mula mahu bercakap dengannya, tapi masalah lain pula yang timbul, Banisya kini menjadi terlalu sensitif, pembawa budak kata ibunya. Kalau Maisarah di hadapannya sekarang, pasti maki hamun yang keluar daripada mulutnya, dua tahun hidup bersama, maki hamun menjadi santapan harian mereka berdua. Tetapi dengan Banisya, dia tidak sampai hati untuk meninggikan suara, malah mengikut saja kerenah Banisya, rasa bersalahnya terhadap gadis itu telah mengekang rasa amarahnya.
“Abang bukan risaukan baby saja, abang risau kan Nisya sekali.”
‘Macam tahu-tahu saja apa yang aku pikir, ahli nujum apa dia ni?’
Banisya memandang wajah Izdihar tanpa berkedip, hairan dengan Izdihar yang seakan mendengar kata hatinya. Perlahan-lahan dia cuba memaniskan wajahnya, senyuman nipis mula terukir di bibir nya yang sedikit pucat itu.
“Kan manis senyum macam tu.. Nisya makan sikit ye..”
Izdihar menghulurkan sudu ke mulut Banisya, perlahan-lahan Banisya membuka mulutnya, terharu Banisya dengan layanan Izdihar. Dalam tiga hari ini Izdihar melayannya bagaikan anak kecil. Memujuknya makan dan melayan rajuknya, sedikit demi sedikit rasa bencinya terhadap lelaki itu semakin berkurangan.
“Bu.. nak cucu..”
“Along, kan papa dah pesan, jangan kacau ibu, ibu tak sihat lagi, minta susu dengan nenek.”
Ikmal tidak menghiraukan kata-kata Izdihar, dia memanjat ke atas katil dan terus memeluk Banisya.
“Nak bu uwat cucu..”
“Along ni tak nak dengar cakap papa ke?”
Izdihar meletakkan pinggan yang hanya berisi separuh nasi ke atas meja kecil bersebelahan katil. Dia mengambil air pula dan disuakan kepada Banisya.
“Jom papa buatkan susu, tak nak lah kacau ibu.”
“Nak bu uwat..”
“Along..”
“Tak apa lah abang Iz, biar Nisya buatkan, kesian kat along, Nisya pun sekarang dah jarang dengan dia.”
“Jom, ibu buatkan susu along..”
Banisya menghulurkan tangan kepada Ikmal untuk mendukungkannya tetapi pantas dihalang oleh Izdihar.
“No.. no.. Nisya dilarang sama sekali dukung along, ingat, Nisya tu tak kuat lagi..”
“Alah, bukan Nisya nak angkat guni beras pun, along ni bukan berat mana pun.” Tanpa menghiraukan wajah kelat Izdihar, Banisya mendukung Ikmal, Ikmal pula tersenyum girang sambil memeluk erat tengkuk Banisya.
“Nisya ni.. cuba dengar cakap abang..”
Izdihar mengambil Ikmal yang sudah pun berada di dukungan Banisya, dan terus menuju ke luar bilik. Tergamam seketika Banisya dengan tindakan Izdihar itu, hatinya terusik, tiba-tiba tubir matanya terasa panas, dengan perlahan dia mengekori langkah Izdihar.

Izdihar hairan melihat wajah Banisya yang tiba-tiba bertukar suram, baru sebentar tadi Banisya menghadiahkan senyuman padanya, tidak sampai beberapa minit, moodnya telah berubah, Izdihar bingung. Banisya menyerahkan susu yang telah siap dibancuh kepada Ikmal dan terus kembali semula ke biliknya tanpa memandang Izdihar yang sedari tadi menjadi pemerhati setia.
“Along minum susu dengan nenek ok.. papa nak naik atas kejap. Nanti papa teman Along ok?”
“Otei..”
Ikmal berlari-lari anak mencari neneknya sambil mulutnya mengonggong botol susu.
Izdihar kembali semula ke tingkat atas mencari Banisya yang terlebih dahulu sudah sampai ke biliknya.
“Nisya, kenapa ni? Tiba-tiba naik atas, kata nak teman Along menyusu?”
Izdihar menghampiri Banisya yang membelakangnya, dengan berhati-hati dia menyentuh bahu isterinya itu, tapi pantas pula tangannya ditepis.
“What is wrong with you Nisya?”
Tinggi nada suara Izdihar, geram dengan sikap Banisya yang melayannya seperti itu.
Sejak mereka berkahwin, buat pertama kalinya Izdihar meninggikan suara kepada Banisya, mungkin geram dengan tindakan Banisya yang telah menepis tangannya secara kasar tadi.
Tiba-tiba telinganya menangkap bunyi esakan kecil dari Banisya, pantas tangannya memegang bahu Banisya dan memaksa tubuh itu menghadapnya. Izdihar diserang rasa bersalah melihatkan wajah Banisya yang sudah basah dengan air mata.
“Nisya.. abang.. abang minta maaf, abang tak bermaksud nak marah Nisya.. abang cuma.. Please Nisya, janganlah menangis macam ni.. Sorry ok, abang bukan nak marah Nisya..”
Izdihar mengesat air mata di pipi Banisya, dia hampir kebuntuan kata-kata apabila melihat wajah Banisya yang muram itu.
“Siapa Nisya pada Abang Iz?”
“Kenapa Nisya tanya macam tu? Nisya kan isteri abang..”
“Dah tu, kenapa tadi Nisya nak dukung along pun tak boleh? Abang tak suka Nisya rapat dengan along?”
Hampir ternganga Izdihar mendengar kata-kata Banisya itu, tanpa disedarinya dia menepuk dahinya sendiri, seakan tidak percaya apa yang baru didengarnya tadi.
“Nisya.. Nisya.. takkan sebab tu Nisya menangis? Abang bukan tak suka Nisya rapat dengan along, abang dah anggap Nisya ibu along, abang cuma bimbangkan tentang Nisya, along tu bukan kecil lagi, dah nak masuk tiga tahun, badan dia pun boleh tahan, abang tak nak Nisya penat, nanti kesihatan Nisya terganggu, abang tak ada niat lain pun.”
“Betul?”
“Betul.. Mungkin Nisya tak percaya dengan apa yang akan abang cakap ni, tapi, sejak Nisya sah menjadi isteri abang, abang dah berjanji pada diri sendiri akan menyayangi dan menerima Nisya seadanya, abang tahu perkahwinan kita bukan dirancang, dan abang yang telah menyebabkan semua ni terjadi, jadi abang akan pikul tanggungjawab ni. Sekarang ni abang bukan terikat dengan Nisya semata-mata disebabkan tanggungjawab abang sebagai suami, tapi abang sayangkan Nisya.. So, please, lepas ni jangan fikir bukan-bukan lagi..”
Panjang lebar Izdihar memberi penjelasan, Banisya pula hanya mampu terdiam dan tunduk memandang lantai, kata-kata Izdihar menusuk jauh ke dalam hatinya.
‘Betul ke dia sayangkan aku? Boleh percaya ke ni?’
“Nisya..”
Izdihar mendongakkan sedikit wajah Banisya, mereka bertentangan mata seketika.
“Abang tak tahu Nisya masih bencikan abang atau tak, tapi abang nak Nisya tahu, sebelum ini pun abang memang ada hati pada Nisya, dalam diam abang menyimpan perasaan pada Nisya. Tapi abang pendamkan semuanya sebab abang rasakan kita tak sesuai, jurang umur kita terlalu jauh dan abang tahu Nisya sendiri pun mesti ada impian yang hendak dicapai, abang tak nak jadi penghalang.”
“Jadi apa yang berlaku malam tu..”
Banisya menyoal penuh curiga, entah kenapa tiba-tiba soalan itu yang berlegar di kepalanya.
Izdihar pantas menggelengkan kepalanya, melihatkan pandangan mata Banisya, dia dapat mengagak apa yang berada di fikiran Banisya ketika itu.
“Tak..! abang bukan seburuk itu..!! Abang mengaku salah abang, tapi itu semua bukan dirancang, abang tak sedar langsung apa yang berlaku dan sekali lagi abang nak minta maaf pada Nisya, abang dah sakitkan Nisya, percaya lah cakap abang, semua tu tak dirancang..”
Izdihar menggenggam erat jemari Banisya, mengharapkan Banisya mempercayainya. Banisya cuba mencari kebenaran di sebalik pandangan mata Izdihar yang tajam menusuk ke dalam hatinya.
“Izinkan abang menjadi suami yang terbaik untuk Nisya, dan abang berharap sangat Nisya boleh menerima diri abang seadanya.”
Izdihar menarik Banisya ke dalam dakapannya, Banisya pula tidak membantah, buat seketika dia tenggelam dalam pelukan suaminya dan dia merasa tenang di dalam dakapan lelaki itu.

3 comments:

  1. hai!!
    saya suka baca cerita ni.
    penat sy google.. akhirnye jumpa gk blog penulis..
    huhuhuh..
    sambung cepat2 tau!!

    ReplyDelete
  2. x sngka kak kis ada bakat jd pnulis...bl nk publish//

    ReplyDelete
  3. tambah pulak gambar sikit sikitlagi ceria tak le tinggal sebaris membaca

    ReplyDelete