Sunday, November 29, 2009

Inikah Takdir 3

Tiga minggu sudah berlalu sejak Shuhada pulang dari Perak dan sudah hampir tiga minggu juga, Ikhwan tidak menghubungi Shuhada. Sengaja dia tidak menghubungi gadis itu, sekadar ingin menguji. Tetapi mesej yang di terimanya daripada Shuhada semalam seakan memberikan lampu hijau kepadanya.
Walaupun teragak-agak, namun jarinya tetap menekan butang panggilan. Seketika kemudian terdengar suara yang dirinduinya.
“Assalamualaikum..”
“Err… Waalaikumsalam.. apa khabar?”
Ujarnya dalam suara tersekat-sekat, tiba-tiba dia berasa gementar apabila bercakap dengan gadis itu.
“Emm.. baik, siapa ni?”
“Ini Wan, apa khabar sekarang, macam mana dengan study”
“Oh.. Wan, ingat siapa tadi. Alhamdulillah, okey. Ish.. kenapa slow sangat suara awak ni, line tak clear ke..”
“Oh, ye ke? saya dalam office la”
“Oo.. lama tak dengar khabar, tiba-tiba call pula, kenapa dah lama menyepi?” “Err.. saya sibuk lah. Err.. saya ingat nak ajak awak keluar hari sabtu ni boleh?”
“Aik.. tiba-tiba saja ajak saya keluar ni, ada hal apa?”
“Tak boleh ajak keluar ke? Sajalah, kita pun dah lama tak jumpa.”
“Emm.. nantilah saya confirm kemudian, tak tahu lagi saya free atau tak.” “Kalau macam tu nanti inform saya ye, ok, bye and take care..”
“Nak tanya itu saja ke?”
“Itu saja, ok lah saya ada kerja nak buat ni, bye..”
Ikhwan tersenyum puas, walaupun belum ada persetujuan daripada Shuhada, tetapi dia yakin gadis itu akan bersetuju.
Shuhada memandang telefon di tangannya, pelik dengan perangai Ikhwan.
“Kalau setakat nak ajak keluar, mesej kan ada? Buat apalah membazir kredit nak call pulak?” Tetapi jauh di sudut hatinya terselit rasa gembira apabila mendengar suara lelaki itu.
“Wei.. apa yang kau membebel tu? Siapa yang call tadi?”
Tiba-tiba Shuhada mendapat idea, dia memandang Nabila.
“Yang kau tengok aku semacam saja ni kenapa? Aku tanya, siapa yang call tadi?” “Wan.. saja nak bertanya khabar.”
“Lama tak dengar cerita, tiba-tiba timbul balik pulak, dia nak apa?”
“Dia ajak aku keluar sabtu ni.”
“Itu sudah bagus, dah tu, kau setuju ke tak?”
“Aku tak setuju pun lagi..”
“Ish.. apalah lembab sangat kawan aku yang seorang ni, apasal pula kau tak setuju? Tolak tuah betullah kau ni”
“Segan lah, kalau kau boleh teman, aku pergi lah..”
“Mana boleh, takkan aku nak kacau daun pulak?”
“Kacau daun pasal apa pulak, lagipun kitaorang ni bukan loving couple lah.”
“Eleh.. tak mengaku pulak, entah-entah korang dah lama bermesej-mesej, cuma aku saja yang tak tahu.”
“Apa lah yang kau merepek ni Nab? Dah dekat tiga minggu kita balik dari Perak. Kalau kau nak tahu, selama itu juga lah aku dengan Wan tak berhubung.”
Nabila mencebik bibirnya, tanda tidak percaya kepada Shuhada.
“Eh, tak percaya pulak? Last aku hantar mesej kat dia, sehari selepas kita balik dari Perak. Tak percaya sudahlah, kau nak teman aku ke tak sabtu ni? Kalau aku seorang je, tak nak lah.”
“Yelah, yelah.. aku teman, tapi dengan satu syarat.”
“Apa syaratnye?”
“Aku nak bawa Azmi sekali boleh? Nanti taklah aku keseorangan bila kau berdua-duan dengan Ikhwan tu. Kau tu bukan boleh percaya sangat.”
“Banyak la kau punya berdua-duaan.. aku tak kisah lah, janji kau ikut.”
Shuhada kembali menyambung menaip assignment nya selepas menghantar mesej kepada Ikhwan untuk menyatakan persetujuannya. Tiba-tiba telefon nya berbunyi lagi. Tertera nama Ikhwan di atas skrin.
“Err.. assalamualaikum..”
“Waalaikumsalam, dapat tak mesej saya tadi?”
“Dapat, tapi kenapa awak nak bawa Nab dengan kawan dia pula? Kita berdua saja tak boleh ke?”
“Ish.. segan lah, alah tak kan awak tak biasa dengan Nab kot, tak boleh ke kita keluar sekali?”
“Emm.. bukan tak boleh.. tapi, err..”
“Kalau tak boleh, tak jadi lah..”
“Eh, jadi, jadi, saya tak kisah..”
Shuhada menahan ketawa mendengar suara Ikhwan yang kedengaran sedikit gementar.
“Emm.. nak jumpa kat mana nanti ni?”
“Terpulang pada awak lah, saya ikut saja”
“Sekejap ye, Nab, nak pergi mana nanti?”
“Times Squera lah, senang, nanti turun kat Chow Kit, terus saja naik monorail, lagipun aku dah lama jugak tak pergi sana.”
“Wan, kita pergi Times Squera boleh? Nabila ni, teringin sangat nak pergi sana.” “Eh, aku pulak..!”
Shuhada mematikan talian selepas Ikhwan menamatkan perbualan mereka.
“Ish.. ish.. tak siap-siap lagi ke assignment kau tu? Itu lah, buzy sangat melayan bakal pakwe, hehe..”
“Diam lah, sibuk je. Mengata aku, yang kau punya dah siap ke?” “Hei.. ini Nabilah lah, kalau tak buat sehari sebelum deadline, bukan aku lah tu, hehe..”
“Cis.. !”
“Hai, awal korang berdua balik hari ini?”
“Ish..! kau ni Rina, masuk bilik orang tak tahu nak bagi salam ke?”
“Sorry lah, yang lain mana? Senyap saja?”
“Kak Eri dengan Iza tak balik lagi, Fidah biasa la, keluar dengan buah hati dia, baru balik kelas, terus keluar.”
“Korang berdua dah makan ke?”
“Sudah, makan kat kolej tadi, Rina, kau nak tahu tak, sabtu ni ada orang nak dating.”
“Siapa?”
“Kawan kita ni lah,”
“Huda? Dengan siapa?”
“Itu rahsia, kau tanya lah dia sendiri.”
“Dating apa pula, kau percaya sangat lah cakap Nab tu, dia pun iku sekali, kalau kau nak ikut sekali pun boleh, ramai-ramai baru meriah.”
“Aku pun ada date juga sabtu ni, kau keluar dengan siapa Huda, aku tak tahu pula kau ada pakwe baru.”
“Pakwe baru apa pula, Nab pun kenal dengan mamat tu, satu kampung dengan dia.”
“Alah korang ni, cerita sikit kat aku Nab, siapa dia, nak berahsia sangat, aku kenal ke?”
“Ok, aku nak bagitahu lah ni.”
“Oo.. macam tu rupanya, kau rasa mamat tu suka kan Huda ke?”
“Aku rasa memang dia suka dengan kawan kita ni, layan baik punya. Tapi aku tak boleh lupa lah masa dia tuduh Huda mencuri, kelakar gila, hehe..”
“Ish.. jangan lah ungkit lagi cerita tu, malu lah aku. Rina, kau jangan percaya cakap tukang tilik karut ni, padai-pandai saja kata mamat tu suka kan aku.”
“Betul lah, korang tunggu lah, mesti korang couple nanti.”
“Yelah tu.. makcik..”
*****
“Eh, cepat sikit lah mak nenek, nanti lambat pulak sampai.”
“Lebih-lebih pulak cik kak sorang ni, aku yang nak jumpa dia ke, atau kau?” Tergesa-gesa Shuhada menyarung kasut apabila melihat Nabila sudah bercekak pinggang di depan pintu rumah.
“Relax lah cik kak oii.. aku tau lah kau tu nak pergi dating, tak kan lari gunung di kejar..Nak lari ke mana lah abang Azmi kesayangan kau tu.”
“Banyak lah kau punya relax, ni dah pukul 12.30 tau, janji dengan diorang pukul 2, nak naik bas lagi. Kesian kat Azmi, kena beli tiket wayang.”
“Yelah, aku tau, jom lah nanti tertunggu-tunggu pulak buah hati kau tu.”
“Mak aihh.. panjangnya orang beratur nak beli tiket. Azmi dah belikan tiket wayang ke?”
“Sudah, tadi dia bagi mesej kata movie start pukul 4, sebelum tu bolehlah kita makan-makan dulu.”
“Kau ni, ingat makan je, yang aku hairan tu, tak jugak gemuk-gemuk. Petua apa kau pakai ha?”
Shuhada berdiri di sebelah Nabila, cuba membandingkan badan mereka berdua. “Kau nak tahu buat apa? Badan kau tu dah cukup slim dah, tak payah la nak cari petua untuk kuruskan badan lagi. Nanti kalau dah tinggal rangka siapa yang nak kau?”
“Ye lah mak nenek.”
Shuhada tertawa besar melihat wajah Nabila yang berubah apabila di panggil mak nenek.
“Gelak, gelak lah puas-puas, nanti siap lah kau.”
“Eleh, gurau sikit nak marah, Azmi mana? Tak nampak dia pun.”
“Nanti dia datanglah tu, aku dah bagitau dia, kita ada depan panggung ni. Ikhwan mana? Sibuk je tanya pakwe kita.”
“Tak kan marah kot? Entah lah, tapi aku dah hantar mesej bagitau kita kat sini.”
“Hai, lama dah tunggu?”
“Eh, Wan. Tak lah, kitaorang baru sampai je. ”
“Nak keluar, tak ingat nak ajak aku ye, nasib baik ada Huda tau.”
Ikhwan tersenyum malu mendengar kata-kata Nabila.
“So, kita nak pergi mana dulu ni?”
“Emm.. sekejap lah, nak tunggu boy Nab ni, tak sampai lagi.”
“Itu pun dia sudah sampai”
“Sorry, sorry, lambat sikit.”
“Kenal kan, ini Wan, Wan, ini lah Azmi, boy aku.”
“Tak payah lah bagitau status sekali, nanti ada awek dengar, jatuh lah saham.” “Amboi, tak dengar lah, ulang sekali lagi, mengada-ngada.!”
“Aduh..! sakit lah.”
Satu cubitan hinggap di pinggang Azmi, Shuhada dan Ikhwan sekadar ketawa melihat gelagat sepasang kekasih itu.
“Tiket yang saya suruh beli tu dah beli ke?”
“Sudah, penat tau beratur tadi.”
Nabila segera mencapai tiket dari tangan Azmi, apabila Shuhada hendak mengambilnya. Shuhada memandang Nabila yang tersenyum-senyum, lagaknya seakan cuba menyembunyikan sesuatu.
“Biarlah aku simpan dulu tiket ni, nanti nak masuk sama-sama juga kan?”
“Suka hati kau lah.”
Selepas menjamu selera, mereka kembali semula ke panggung wayang. Nabila tersenyum-senyum sambil memandang tiket di tangannya. Memang dia sengaja merancang dari awal untuk membeli tiket yang berlainan cerita.
“Eh, nak kemana tu Nab? Movie nak start dah ni.”
“Aku punya movie kat panggung tiga lah, kau dengan Ikhwan panggung lima.” “Hah?”
Terkejut Shuhada apabila mendengar penjelasan Nabila. Nabila pula segera menarik tangan Azmi dan berlalu. Tinggallah Shuhada terkulat-kulat di depan Ikhwan. Ikhwan tertawa kecil melihat wajah kelat Shuhada.
“Tiket sudah beli, tak kan tak nak masuk, membazir saja nanti, jom lah.” Shuhada mengikut Ikhwan dari belakang, di dalam hatinya dia menyumpah-nyumpah Nabila. Dia tahu kawannya itu memang sengaja mahu mengenakannya.
“Senyap saja awak ni, tak seronok ke cerita ni?”
“Memang lah senyap, mana ada orang bersembang tengok wayang.”
“Emm.. saya tak paksa kalau awak tak nak keluar dengan saya.”
Shuhada mengeluh kecil, kasihan pula dia kepada lelaki itu, terpaksa menjadi tempat melepaskan geramnya.
“Sorry lah awak, saya bukan tak suka keluar dengan awak, tapi saya geram kan Nabila ni.”
“Kalau macam tu, awak suka lah keluar dengan saya ni?”
Terdiam Shuhada mendengar soalan yang tidak disangka-sangka daripada Ikhwan. Dia terperangkap dengan jawapannya sendiri.
“Suka atau tak, keluar dengan saya ni?”
Ikhwan mengulangi soalannya. Kerana tidak tahu ingin memberi jawapan apa, Shuhada sekadar mengangukkan kepalanya sambil memandang ke arah skrin wayang.
Cerita baru saja hampir separuh selesai, tiba-tiba suasana panggung yang gelap itu di kejutkan dengan nada dering suara kanak-kanak ketawa. Tergesa-gesa Shuhada mengambil telefon bimbitnya, entah kenapa dia terlupa pula untuk menukarkan silent mode untuk telefon bimbitnya.
“Aku balik dengan Azmi, kau balik sendiri lah ye.. lupa pula, enjoy your movie, hehe..”
Shuhada segera mematikan telefon bimbit nya selepas membaca mesej yang di hantar oleh Nabila, hilang mood nya untuk menonton filem.
Berkali-kali Shuhada cuba menghubungi Nabila, tetapi panggilannya tidak berjawab. Jam sudah menunjukkan pukul tujuh malam, nampaknya Nabila benar-benar serius.
“Dapat call Nab?”
Shuhada sekadar menggeleng kan kepalanya,
“Err tadi dia ada hantar mesej, dia bagitahu dia balik dengan Azmi.”
“Laa.. habis tu Huda call dia nak buat apa?”
“Saya ingat di main-main.”
“Saya hantar awak balik lah.”
“Eh, tak apa lah, saya balik sendiri.”
“Bahaya lah awak balik sendiri, sekarang sudah pukul tujuh, nanti mesti sampai malam ke rumah, atau awak takut nak balik dengan saya?”
“Bukan lah, saya..”
“Kalau macam tu, saya hantar ok?”
Shuhada terperangkap lagi, akhirnya dia akur dengan permintaan Ikhwan.
“Awak lain lah sekarang.”
“Lain macam mana pula?”
Shuhada berasa hairan dengan kenyataan Ikhwan.
“Tak berapa mesra.”
“Tak mesra?”
“Ye lah, cakap dengan saya pun macam nak tak nak saja. Dulu, nak ajak bergaduh pun boleh.”
Shuhada memandang Ikhwan yang sedang memandu, timbul rasa bersalahnya kepada lelaki itu.
“Sorry kalau awak rasa macam tu. Mungkin sebab kita dah lama tak berjumpa kot.”
“Awak malu dengan saya?”
“Ish.. apa pulak, mana ada.”
Shuhada segera mengalihkan pandangannya ke arah luar apabila Ikhwan memandangnya.
“Betul lah tu, tengok muka saya pun tak nak, malu lah tu.”
Ikhwan ketawa besar melihat wajah Shuhada yang sudah merah. Suka benar dia melihat wajah Shuhada yang malu-malu itu.
“Tak lah, buat apa saya nak malu dengan awak pulak?”
Shuhada cuba menafikan kata-kata Ikhwan, walaupun hakikatnya ada kebenaran kata-kata itu.
“Nanti saya nak jumpa awak lagi boleh?”
“Tengok lah.”
“Macam tak sudi saja nak jumpa saya.”
“Ish.. awak ni macam budak kecil lah, kuat merajuk. Patutnya saya yang kuat merajuk, ini terbalik pula.”
“Ok lah tu, saya merajuk, awak pujuk..”
“Tak kuasa lah, kalau pakwe sendiri tak apa juga.”
“Oh, kalau macam tu saya kena jadi pakwe awak dulu lah?”
“Tak nak lah,”
“Kenapa, saya tak cukup hensem ke?”
“Saya tak cakap apa pun, awak yang mengaku sendiri.”
“Nanti lah saya buat plastic surgery, bagi hensem. Lepas tu mesti awak sudi jadi awek saya.”
“Merepek saja awak ni. Berdosa tau mengubah ciptaan tuhan.”
“Hai, bertuahnya saya dapat bakal isteri solehah.”
“Ish, malas lah bercakap dengan awak ni, dari tadi merepek saja.”
Mereka membisu seketika, Ikhwan tenang memandu mungkin sudah kehabisan idea untuk mengenakan Shuhada.
“Emm.. ni nak masuk jalan mana satu ni?”
“Masuk sebelah kiri, lepas tu kiri lagi.”
“Eh, tadi kata tak nak cakap dengan saya.”
“Awak ni..!”
“Okey, okey, sorry.. Saya gurau saja.”
Ikhwan meminta maaf setelah melihat wajah masam Shuhada.
“Sampai sini sajalah.”
“Saya nak hantar sampai dalam rumah tak boleh ke?”
“Ish.. tak payah la, tak elok kalu orang nampak, lelaki masuk rumah anak dara.” “Okey lah, selamat malam, assalamualaikum, tidur nanti mimpi saya.”
“Ah, mengada-ngada.. waalaikumsalam, thanks sebab hantar saya.”
“Untuk awak, apa saja saya sanggup, hehe..”
“Ye lah tu.. okey, bye..”
Selepas menghantar Shuhada, Ikhwan memandu pulang ke rumahnya, hatinya berbunga riang kerana telah bertemu dengan Shuhada, dia bernekad untuk memiliki hati gadis itu. Pertemuan mereka tidak boleh dibiarkan tamat setakat ini sahaja. Ikhwan sudah mula merancang beberapa pertemuan lagi bersama Shuhada.
Shuhada segera mencari kelibat Nabila sebaik sahaja masuk ke dalam rumah. “Kak Eri, Nabila dah balik?”
“Belum lagi, eh, bukan korang keluar sekali ke tadi?”
“Memang lah, tapi dia tinggal kan saya, lepas tu dia balik dengan Azmi.”
“Ha..? biar betul Nab tinggalkan kau, tahu pula kau balik sendiri?”
“Kawan hantar tadi.”
“Kawan mana pula ni?”
“Kawan, ada lah.. Ha.. dah balik pun kawan kita ni, tak guna punya member, kau kenakan aku ye? Siap kau, mana kau nak lari.. !”
“Relax lah Huda, aku cuma bagi peluang kat korang berdua saja. Aduh, sakit lah, dah la, jangan lah cubit aku. Tolong saya Kak Eri.”
“Akak tak nak masuk campur. ”
“Banyak la kau punya peluang..! lepas ni aku tak nak ajak kau keluar lagi.”
“Oh, lepas ni kau keluar berdua sajalah dengan si Wan?”
“Ish.. kau ni kan..!!”
satu lagi cubitan halus hinggap di lengan Nabila. Dia menjerit kesakitan apabila di cubit oleh Shuhada.
“Wan mana pula ni?”
“Pakwe baru Huda, sekarang ni Huda dah ada pakwe baru Kak Eri,”
“Jangan percaya cakap dia ni Kak Eri.”
“Apa-apa saja lah korang ni, Nab, nanti ada apa-apa berita jangan lupa bagitahu akak sekali tau, hehe..”
“Ish.. sama saja orang dalam rumah ni, malas lah nak layan.”
“Malas layan sudah, akak nak layan cerita ni, korang berdua pergi mandi lah, dua-dua dah bau masam.”
“Akak, saya guna bilik air kat bilik akak ye.”
“Aku nak guna lah, kau guna lah bilik air luar ni.”
“Ah.. aku tak peduli, siapa cepat dia dapat, hehe..”
Shuhada segera berlari menuju ke dalam bilik air di bilik utama, puas hatinya kerana dapat mengalahkan Nabila.


Kebelakangan ini Shuhada jarang dapat bertemu dengan Ikhwan, dia kini semakin sibuk dengan peperiksaan akhirnya. Begitu juga dengan Ikhwan yang semakin bertambah beban kerjanya. Sedang Shuhada sibuk menelaah pelajaran, telefon bimbitnya berbunyi menandakan mesej masuk. Tertera nama Ikhwan, Shuhada tersenyum girang, hilang segala penatnya.
“Assalamualaikum, tgh study ke? Dah makan? saya ada kat kg ni. Saya rindu lah, hehe..”
Shuhada tersenyum sendiri membaca mesej daripada Ikhwan, seringkali lelaki itu menghantar mesej sebegitu, tetapi sehingga kini Shuhada masih belum pasti perasaan Ikhwan terhadap dirinya kerana lelaki itu tidak pernah berterus-terang dengannya.
“Saya pun rindu jgk dengan awak..”
Sengaja dia membalas mesej itu kepada Ikhwan, sekadar ingin menguji. Beberapa minit kemudian telefonnya berbunyi lagi tanda mesej masuk.
“Awak rindu dengan saya? Macam tak percaya pulak, hehe.. kalau awak ada kat depan saya sekarang ni, dah lama saya peluk tau.. Miss u very much..!!”
Buat pertama kalinya dada Shuhada berdebar membaca mesej daripada Ikhwan, selama ini tidak pernah Ikhwan menghantar mesej seperti itu. dia tidak membalas mesej itu dan menyambung menelaah pelajaran. Bukan tidak mahu membalas, tetapi dia tidak tahu apa yang harus di katakan. Tiba-tiba telefon nya berbunyi, tertera nama si pemanggil, segera Shuhada menjawab panggilan itu, bimbang menggangu tidur Nabila.
“Assalamualaikum..”
“Waalaikumsalam..”
terdengar suara garau di hujung talian.
“Awak marah ke dengan apa yang saya hantar tadi?”
Shuhada mendiamkan diri, dia kehilangan kata.
“I’m sorry,”
mendatar sekali suara Ikhwan berharap agar Shuhada tidak menyangka yang bukan-bukan.
“It’s okey. Saya tak marah lah,”
“Emm.. nasib baik, ingat awak marah tadi, tak balas pun mesej saya.”
“Tadi saya pergi toilet, baru saja baca mesej awak ni.”
Ujar Shuhada berbohong.
“Oh.. ok lah, saya tak nak ganggu awak study, good night, jangan tidur lewat sangat. Miss you…”
Belum sempat Shuhada membalas, talian telah di mati kan. Terngiang-ngiang ayat terakhir itu di telinga nya,
“Miss you..”
Entah kenapa lain benar dirasakannya pada malam ini. Bukan dia tidak pernah mendengar kata-kata itu daripada Ikhwan. Tetapi malam ini suara lelaki itu kedengaran begitu romantik sekali. Hilang tumpuannya untuk belajar, akhirnya dia mengambil keputusan untuk tidur saja.
***************************************************
Terasa bagai satu beban terlepas dari bahunya sebaik sahaja melangkah keluar dari dewan peperiksaan. Shuhada menanti Nabila di luar dewan, seketika kemudian kelihatan Nabila dengan wajahnya tersenyum girang.
“Ahh.. lega nya dah habis exam, kalau tak, tak senang tidur aku.”
“Lambat keluar? Mesti dapat skor tinggi nanti.”
“Eleh, kata kat aku, kau tu? Eh, dah lah, aku lapar ni. Pagi tadi tak makan lagi” Nabila segera menarik tangan Shuhada menuju ke arah kafeteria.
“Bila kau nak pindah barang balik rumah?”
Soal Nabila sambil mulutnya mengunyah bihun goreng.
“Mulut penuh jangan bercakap la..”
Nabila sekadar tersengih mendengar nasihat Shuhada.
“Abang aku cakap nak datang lusa, kalau ikutkan mama aku, hari ini jugak dia suruh aku balik. Mana lah sempat, nak kemas barang lagi.”
Tiba-tiba telefon Shuhada berbunyi, segera dia menjawab panggilan itu sebaik sahaja tertera nama Ikhwan.
“Assalamualaikum..”
“Waalaikumsalam..”
“Dah habis exam?”
“Emm.. dah, tengah teman Nab makan ni.”
“Teman Nab makan saja? Awak tak makan sekali ke? Nanti masuk angin perut tu.”
“Dah makan, sebelum masuk exam tadi. Kenapa call ni?”
“Tak boleh call ke?”
Ujar Ikhwan seakan merajuk.
“Bukan tak boleh, sekarang ni kan office hour, nanti orang kata curi tulang pulak.”
“Okey lah, saya nak ajak awak keluar malam ni boleh?”
“Err..”
“Ada hal sikit saya nak minta tolong, bolehlah.”
Huda mendiamkan diri seketika, teringat dia pada barang-barangnya yang masih belum dikemas satu pun. Namun memikirkan permintaan Ikhwan, tidak sampai hati pula hendak menolak.
“Hello, awak ada lagi ke ni?”
“Ada, ada, okey lah, nanti awak nak datang pukul berapa?”
“Pukul 8 boleh?”
“Okey lah.”
Nabila tersenyum-senyum memandang Shuhada sebaik sahaja dia menamatkan perbualannya.
“Buah hati ajak keluar ke?”
“Ada pulak? Bukan buah hati lah, pandai-pandai saja kau ni.”
“Eleh, hari-hari mesej, call, pun tak mengaku lagi? Bila korang declare hah?” “Apa kau merepek ni Nab? Declare apa?”
“Kau ni kalau aku kata lembab, marah. Tapi memang pun, harap saja belajar tinggi-tinggi, slow betul. Kau dengan Wan lah, takkan aku dengan Wan pulak, nanti mana aku nak campak Azmi?”
Shuhada tertawa mendengar bebelan Nabila, bukan dia tidak mengerti maksud sahabatnya itu, tetapi dia sengaja buat-buat tidak faham.
“Kitaorang tak ada apa-apa lah, still friend.”
“Still friend? Ya Allah, apa punya lembab lah si Wan ni? Muka dah jiwang karat, tapi hampeh je..”
“Ish, tak baik kau cakap macam tu, kalau dia dengar kecil hati dia.”
“Peduli apa, kau pun satu, tak bagi hint kat dia ke?”
“Hint apa pulak?”
“Alahai penat aku di buat kau ni Huda. Korang berdua ni kan suka sama suka, sampai bila nak still friend?”
“Pandai-pandai saja kau ni, entah-entah dia tak ada hati kat aku pun.”
“Ha.. orang buta saja yang cakap macam tu, tau tak? Kau ingat aku tak perasan ke macam mana dia layan kau? Kalau bercakap, lembut bukan main, bila dia pandang kau, aku pun boleh cair tengok panahan mata dia tau tak? Nasib baik aku dah ada Azmi.”
Shuhada tersenyum lagi, terbayang renungan mata Ikhwan yang redup, kadang kala dia sendiri hanyut dengan renungan lelaki itu.
“Senyum sorang-sorang tu, tengah teringat si Wan lah tu.”
“Eh, mana ada lah.”
Senyuman di bibir Shuhada segera mati mendengar kata-kata Nabila.
“Malam ni korang nak keluar kan? Apa lagi, masuk daun lah.”
“Gila apa? Kalau aku lelaki tak apa lah jugak.”
“Cik Huda, zaman sekarang ni orang tak pandang dah semua tu, nanti melepas baru kau tahu. Aku tak kira, malam ni aku nak dengar good news dari kau.”
“Eh, ni macam nak ugut aku saja?”
“Memang pun..”
*********************************
“Saya tunggu kat bawah.”
Tegesa-gesa Shuhada keluar dari rumahnya sebaik sahaja mendapat mesej daripada Ikhwan, bimbang pula jika lelaki itu menunggu lama. Dari jauh kelihatan kereta Ikhwan yang terletak di tempat meletak kereta.
“Lama tunggu?”
“Tak lah, saya baru saja sampai.”
Shuhada segera memasuki perut kereta sebaik sahaja melihat pak guard yang memandangnya dengan pandangan yang kurang menyenangkan.
“Kita nak pergi mana ni?”
“Kita pergi makan dulu lah.”
“Kata nak minta tolong, nak minta tolong apa?”
“Sabar lah, nanti saya bagitahu.”
Kereta Ikhwan bergerak laju meninggalkan kawasan apartment Shuhada . Selepas menjamu selera, Ikhwan memandu ke satu tempat. Shuhada pula merasa hairan dengan sikap lelaki itu. Sejak tadi tidak banyak bercakap, selalunya ada saja ideanya untuk mengenakan orang.
Kereta Ikhwan berhenti di sebuah kawasan tanah tinggi, Shuhada mula merasa curiga, tambahan pula keadaan di situ yang tidak berapa terang.
“Saya tak buat apa-apa lah, jangan risau. Saja nak ambil angin kat sini.”
Shuhada malu sendiri apabila Ikhwan dapat mencium rasa curiganya.
“Jom keluar,”
Shuhada akur dengan kehendak Ikhwan, namun rasa bimbangnya masih belum berkurang.
“Sini tak ramai yang dating, Jakim tak datang, saya selalu pergi sini.”
Sekali lagi Shuhada malu sendiri, namun tidak salah andainya dia merasa bimbang.
“Saya ada benda nak minta tolong dengan awak.”
Ujar Ikhwan membelakang Shuhada, dia memandang suasana KL yang dipenuhi dengan beraneka lampu dari atas bukit itu. Shuhada pula sekadar menyandarkan tubuh di kereta sambil memeluk tubuh.
“Apa dia? Kalau saya boleh tolong, saya tolong.”
“Saya sebenarnya dah jatuh hati dengan seseorang, tapi tak tahu nak cakap macam mana dengan dia.”
Dada Shuhada berdebar mendengar kata-kata Ikhwan. Ternyata dia telah tersalah anggap dengan layanan Ikhwan selama ini. Mungkin Ikhawan sekadar menganggapnya sebagai seorang kawan sahaja. Shuhada merasa terlalu bodoh kerana jatuh hati dengan lelaki itu.
“Kenapa senyap saja?”
Soal Ikhwan seraya berpusing memandang wajah Shuhada.
“Tengah tunggu cerita awak lah,”
Suara Shuhada sedikit bergetar menahan sebak di dada.
“Oh, ye ke? Hehe..”
“Wahai air mata, janganlah kau keluar..”
Bisik hati kecilnya, sedaya upaya dia cuba menghilangkan sebak di dadanya.
“Dah lama saya kenal dia ni, kami pun dah semakin mesra sekarang ni, tapi saya tak tahu lah dia ada perasaan pada saya atau tak.”
“Kenapa tak berterus-terang saja?”
Shuhada sudah berjaya mengawal perasaan sebaknya.
“Saya segan lah, ini lah saya nak tanya pendapat awak, macam mana ye?”
“Apalah awak ni, mengenakan orang pandai, nak luahkan perasaan tak pandai pula. Kalau malu nak berdepan, cubalah telefon atau mesej. Lagipun kalau kena tolak, tak lah malu sangat.”
“Betul juga, kenapa lah saya tak pernah terfikir. Thanks awak.”
Tanpa berlengah Ikhwan mengambil telefonnya, dia bergerak sedikit jauh daripada Shuhada. Saat itu Shuhada sudah mula menangis, air matanya seperti tidak dapat di tahan lagi. Tiba-tiba telefon nya berbunyi, tanpa melihat si pemanggil, dia menjawab panggilan itu.
“Assalamualaikum..”
Suaranya sedikit bergetar kerana menahan tangisan. Hatinya sakit kerana ada pula yang menelefon pada saat ini.
“Hello siapa ni?”
Soalnya lagi apabila si pemanggil mendiamkan diri.
“Intan Shuhada, sudi tak awak jadi teman hidup saya ?”
Hampir melayang semangatnya apabila mendengar suara garau itu, bertambah kuat esakannya. Ikhwan segera mendapatkan Shuhada apabila melihat gadis itu sudah terduduk di sisi keretanya.
“Eh, kenapa menangis ni? Saya Dah kena reject ke?”
Ujar Ikhwan cuba membuat jenaka, tetapi makin kuat pula esakan Shuhada. Hampir sepuluh minit kemudian tangisan Shuhada sudah mula reda. Ikhwan tersenyum sendiri, dia sendiri bingung melihat Shuhada menangis sebentar tadi.
“Dah okey?”
Ikhwan turut duduk di sebelah Shuhada, dia menghulurkan tisu kepada Shuhada. Tanpa berpaling, Shuhada mencapai tisu daripada Ikhwan, timbul pula rasa malu terhadap Ikhwan, menangis tanpa sebab, macam budak-budak.
“Awak ni jahat lah,”
“La.. saya tak buat apa-apa pun pada awak.”
Shuhada masih tidak memandang wajah Ikhwan, namun hatinya berbunga riang kerana sangkaannya sebentar tadi nyata tidak benar.
“So, terima atau tak ni?”
“Terima apa?”
Soal Shuhada seakan tidak mengerti.
“Emm.. saja nak kena kan saya ye? Tadi saya dah cakap, nak ulang lagi ke?”
Shuhada sekadar diam membisu, dia kehabisan kata.
“Okey lah, saya dah lama pendam kan. Awak pun dah habis exam, sebab tu lah saya berani cakap.”
Shuhada masih diam membisu, Ikhwan pula yang buntu.
“I love you so much…”
terasa begitu dekat suara lelaki itu di pendengarannya, begitu romantik sekali. Spontan dia berpaling, wajah lelaki itu begitu hampir dengannya, pandangan mereka bertemu. Buat seketika mereka kehabisan kata-kata, masing-masing diam membisu.
“Saya masih menunggu jawapan awak.”
Ikhwan bersuara memecahkan kesunyian.
“Agak-agak awak, sebab apa saya menangis tadi?”
“Emm.. sebab apa ye?”
Ujar Ikhwan jujur, dia masih tidak memahami situasi Shuhada.
“Sebab saya ingat awak nak telefon orang lain.”
Perlahan sekali suaranya, tetapi masih dapat di dengari oleh Ikhwan. Ikhwan tersenyum girang, ternyata selama ini dia tidak bertepuk sebelah tangan.
“Apa dia, tak dengar lah, perlahan sangat awak cakap, saya tak dengar lah.” Sengaja dia ingin mengusik gadis itu, jika keadaan terang, pasti dia dapat melihat wajah Shuhada yang sudah merona merah.
“Tak dengar sudah..!”
Shuhada cuba untuk bangun tetapi segera di tahan oleh Ikhwan, pantas jemari Shuhada di genggam erat.
“Saya dengar.”
Nada suaranya bertukar serius, tangan Shuhada masih belum di lepas kan.
“Saya betul-betul ikhlas dengan awak, saya janji tidak akan mensia-sia hidup awak. Pertama kali jumpa awak, saya dah jatuh hati, kalau ada jodoh, saya nak menyunting awak sebagai suri hidup saya.”
Shuhada seakan berada di awang-awangan apabila mendengar kata-kata Ikhwan. Tidak dapat digambarkan perasaannya saat itu, dia membalas genggaman Ikhwan.
“Emm.. bukan kali pertama, tapi kali kedua kita berjumpa saya jatuh hati dengan awak, sebab kali pertama tu kan awak nak mencuri helmet saya, hehe..”
“Teruk lah awak ni..! tapi masa tu awak garang betul, takut saya.”
“Yelah, saya pantang betul kalau ada orang nak mencuri ni, awek cun pula tu, itu yang saya marah sangat.”
“Bukan nak tanya baik-baik, main serang saja.”
“Sorry lah ye, awak terasa lagi ke?”
“Emm.. tak lah.”
“Tapi awak memang dah curi barang saya pun.”
“Curi apa pula ni?”
“Awak dah curi hati saya..”
Shuhada tersenyum malu mendengar ucapan Ikhwan.
*****
Wajah Shuhada kelihatan berseri-seri ketika mengemas barangnya. Nabila pula sudah tidak sabar ingin mendengar cerita daripada Shuhada. Bukan dia tidak perasan perubahan pada diri sahabatnya itu. Dari pagi tadi dia menggesa Shuhada menceritakan kejadian semalam, baru sekarang Shuhada mahu membuka cerita.
“So, macam mana semalam?”
Nabila memula kan perbualan,
“Amboi, tak sempat-sempat, nanti aku cerita lah. Ini nak tolong aku ke atau nak bergosip?”
“Dua-dua, hehe..”
Sambil mengemas barang, Shuhada mencerita kan kembali kejadian semalam kepada Nabila. Terlopong Nabila mendengar cerita Shuhada.
“Alahai, romantiknya, boleh tahan juga Wan ni ye, pandai dia mengenakan kau.”
“Cantik tak?” Shuhada menunjukkan gelang tangan pemberian Ikhwan, kepada Nabila.
“Cantiknya, Wan bagi ke?”
“Shuhada sekadar menganggukkan kepalanya sambil tersenyum.”
“Boleh tahan jiwang karat juga Wan ni, dia tahu tak kau nak pindah ni?”
“Tahu.”
“Hai, sedih pula bila tengok kau berkemas ni, sedar tak sedar dah habis belajar pun kita. Lepas ni bila pula lah kita dapat berjumpa.”
“Wei, emosinya, kau bukan nak balik Perak lagi kan? Nanti kita boleh la jumpa lagi. Lagipun bukannya aku nak pergi ke luar negara la.”
“Ye tak ye juga, tapi kau tak nak sambung master kat oversea ke?”
“Emm.. tengok lah dulu, kau rasa mama aku bagi ke aku belajar kat oversea?”
“Ye tak ye jugak..”
“Dari tadi asyik ye tak ye saja, tak ada ayat lain ke?”
“Ye tak ye jugak..”
“Dah lah tu, kena sawan ye tak ye pulak nanti.”
Mereka sama-sama ketawa, terserlah kemesraan yang terjalin hampir empat tahun di antara mereka.
“Emm.. Huda, dah habis kemas barang?”
“Banyak lagi ni, tak nak tolong ke?”
“Datang nak tolong lah ni.”
“Rina, aku ada berita baik lah.”
“Berita baik apa?”
“kawan kita ni, dah ada pakwe baru.”
“Ye ke? Mamat yang kau cerita hari itu ke?”
“Ha’ah, betul tak cakap aku? Budak tu memang tangkap cintan dengan Huda ni, semalam diorang declare.”
“Oh.. patut lah balik semalam tersenyum saja, tengah angau rupanya. Tengoklah sekarang pun, tersenyum saja.”
“Sudah-sudah lah mengata aku, korang tolong aku kemas barang lagi bagus.”
“Kami tolong kemas lah ni, korang berdua nak keluar rumah, kena cari orang baru lah lepas ni.”
“Tanya la Kak Eri, mana lah tahu kalau kawan tempat kerja dia nak cari rumah sewa.”
“Yelah, nanti aku tanya kan.”
**************************************

Inikah Takdir 2

Badariah kelihatan sibuk mengemas rumah, dia perlu memastikan rumahnya kelihatan baik ketika tetamunya datang berkunjung nanti. Walaupun mempunyai pembantu rumah, tetapi Badariah lebih suka mengemas rumahnya sendiri. Pembantu rumahnya hanya bertugas memasak sahaja di rumah itu. Sebenarnya Badariah tidak mahu mengambil pembantu rumah, tetapi suaminya berkeras juga. Akhirnya Badariah mengalah dengan permintaan suaminya. Tetapi dia tidak betah duduk diam, oleh itu dia lebih suka menguruskan rumah tangganya sendiri.
“Puan, ada apa-apa yang boleh Mak Jarah bantu?”
“Tak ada apa-apa, macam mana dengan menu malam nanti?”
“Semua sudah diaturkan puan,”
“Baguslah, Mak Jarah boleh pergi, nanti kalau saya perlukan bantuan Mak Jarah, saya akan panggil.”
“Baik puan,”
“Yah, cuba awak duduk, sakit mata saya tengok awak yang tak duduk diam tu. Nanti sampailah diaorang tu, yang awak risau sangat kenapa? mereka janji nak datang pukul 8.30, ini baru 8.15, nanti mereka sampai lah.”
Mazlan menggeleng kepala melihat gelagat isterinya, terlalu bimbang akan tetamu yang akan hadir sebentar lagi.
“Awak cakap senang, saya ni dah tak sedap hati, kalau jadi apa-apa tengah jalan ke, mana kita tahu. Sulaiman jarang lambat macam ini.”
“Ha.. tu macam bunyi kereta saja, dah sampai mereka agaknya.”
Badariah segera menuju ke pintu utama, senyuman terukir di bibirnya apabila tetamu yang dinanti telah selamat sampai.
“Minta maaf lah Kak Long, lambat sikit, tadi masa di rumah, kereta buat hal pula, itu yang lambat sikit. Lama Kak Long tunggu kami?”
“Jemput masuk, Kak Long kau ni memang suka risau tak tentu fasal, tak lah lama sangat, sempat habis secawan kopi saja.”
“Mana Iskandar?”
“Amboi Kak Long, tak sabar-sabar nak jumpa bakal menantu,”
Badariah sekadar tersenyum mendengar kata-kata Anita, adik iparnya.
“Tak lari ke mana bakal menantu awak tu, ada di luar tu ha, nanti masuk lah dia tu.”
“Apa khabar Mak Long, Pak Long, ni ada buah tangan sikit saya bawa,”
Iskandar sekadar berbasi-basi sambil menghulurkan bungkusan hadiah kepada ibu saudaranya itu. Badariah pula, tersenyum meleret sambil menyambut hadiah daripada Iskandar.
“Kita makan dulu lah, nanti tak sedap pula kalau tunggu lama-lama, perut pun mesti dah lapar.”
“Betul sangat tu Abang Long, saya pun dah lapar, tak boleh tunggu lama dah ni. Eh, Huda mana?”
“Dia tak balik cuti kali ni, dia terlibat dengan aktiviti di kolejnya, kalau tidak adalah dia di rumah hujung-hujung minggu ni.”
Badariah memberi penjelasan dengan sedikit rasa kecewa, dia berhajat sangat untuk mempertemukan Iskandar dengan anak perempuannya. Tetapi keadaan yang tidak mengizinkan, Badariah akur, lagi pun masih banyak peluang untuk mempertemukan mereka berdua.
Namun kadang-kadang Badariah terasa hati juga dengan sikap anaknya itu yang lebih mengutamakan aktiviti di kolej berbanding ibunya sendiri. Anak lelakinya pula, nama saja tinggal serumah, tapi jarang sekali dapat bertentang mata. Asyik sibuk dengan kerjanya sahaja. Sama saja dengan perangai suaminya, akhirnya tinggallah Badariah seorang dirumah besar itu di temani pembantu rumahnya.
“Mak Jarah, tolong panggilkan Johari turun makan sekali,”
“Baik tuan,”
“Entah-entah tak bangun lagi anak bujang awak tu.”
“Anak bujang awak juga, dia penat lah tu, banyak kerja di pejabat. Lagipun petang tadi dia pergi jogging, penat tak hilang lagilah tu.”
“Man, kau tengoklah Abang Long kamu ni, asyik menangkan anak dia saja, kita tegur sikit pun tak boleh.”
“Awak ni, depan rezeki pun nak membebel, tu Johan dah turun, depan rezeki tak elok banyak bercakap.”
“Pandailah abang tu, nak tukar topik.”
“Ini semua gambar Huda yang terbaru, Is pun dah lama sangat tak jumpa dia kan? Kali terakhir kamu berjumpa pun masa Huda tingkatan 5, dah tujuh tahun.”
“Mama ada juga tunjukkan pada Is gambar Huda sebelum ni.”
“Gambar yang Kak Long bagi pada saya masa raya yang lepas, gambar itulah saya tunjukkan pada Is.”
Anita menyampuk perbualan mereka sambil tangannya ligat meneliti gambar-gambar anak gadis yang bakal menjadi menantunya itu. Manis dan ayu, sedari anak itu kecil lagi dia sudah berangan untuk bermenantukan anak gadis itu. Lebih menggembirakannya, keluarga kakak iparnya pula langsung tidak membantah. Hubungan diantara dua keluarga perlu dirapatkan lagi.
Ketika menyertai satu lawatan ke rumah kebajikan yang menempatkan anak-anak yatim, anjuran Puspanita, sebuah persatuan wanita. Hati Badariah tersentuh melihat tubuh kecil yang masih merah dan tidak mengerti apa-apa terdampar di rumah kebajikan itu. Kedua ibu bapanya maut dalam sebuah kemalangan, tiada pula saudara terdekat yang boleh diharap untuk bergantung. Naluri keibuannya begitu kuat untuk memeluk tubuh kecil itu. Sekembali dari lawatan itu, pada suami tercinta disuarakan kehendak hatinya, tambahan pula anak lelaki tunggalnya begitu kepingin akan seorang adik. Sebulan berlalu, Badariah kembali semula ke rumah kebajikan itu, tetapi kali ini dengan tujuan lain.
Atas persetujuan semua pihak, termasuk ahli keluarganya, Badariah mengambil anak kecil itu sebagai anak angkatnya. Kepulangannya disambut meriah oleh keluarga, terutama anak lelakinya yang begitu gembira mendapat seorang adik baru. Kasih sayangnya tertumpah kepada anak kecil itu, sehingga kadangkala menimbulkan rasa cemburu di hati si abang. Intan Shuhada, nama diberi kepada anak kecil itu, anak itu sudah sebati dengan keluarga Badariah, tidak timbul langsung soal anak angkat. Namun pada usia 12 tahun, hakikat sebenar terpaksa di beritahu kepada anak itu, Badariah dan Mazlan tidak mahu menipu anak itu. Namun sehingga kini, dua puluh empat tahun sudah berlalu, tetapi akhirnya mereka tetap berbahagia.
“Jauh mengelamun Kak Long ?”
“Mama tengah ingatkan Huda lah tu Pak Ngah, saya yang depan mata ni langsung tak diingat.”
“Macam merajuk saja bunyinya,”
“Bukan merajuk papa, tapi kenyataan. Maklumlah, dah sebulan Huda tak balik, itu baru sebulan, kalau dah kahwin dengan Is nanti, tak tahulah macam mana.”
Seisi keluarga tertawa mendengar kata-kata Johan, bunyinya seakan berkecil hati dengan mamanya yang begitu mementingkan adik perempuannya itu, walaupun hakikatnya tidak begitu. Badariah tidak pernah membeza kan kasih sayang di antara kedua-dua anaknya itu.
“Han ni, dengan adik pun nak cemburu.”
“Ha.. kan betul, mama tengah ingatkan Huda.”
Bukan dia tidak kenal dengan fiil ibunya itu, jika masuk dua minggu tidak berjumpa dengan adiknya, pasti riuh mulut mamanya menyuruh dia menjemput Shuhada dari rumah sewanya. Johan faham, bagaimana kehidupan seorang mahasiswa, dia juga pernah mengalaminya, tetapi ibunya seakan langsung tidak mengerti. Kalau boleh, ibunya mahu adiknya itu berulang dari rumah ke kolejnya. Namun sepatuh-patuh Shuhada, ada juga degilnya, mamanya terpaksa akur dengan kehendak Shuhada yang mahu tinggal sendiri bersama kawan-kawannya yang lain.
***************************************************************
Iskandar menghempaskan tubuhnya ke atas sofa, sebal di hatinya masih belum hilang. Meluat sungguh dia kerana terpaksa menjadi hipokrit. Ikut kan hatinya, hendak saja dia angkat kaki tadi, benci dengan pujian melambung yang diberikan kepada sepupu angkatnya itu.
“Macam mana Is? Cantik kan Huda tu, dah lama tak jumpa ni, mesti lagi cantik.”
“Tak ada lah cantik mana pun, cantik lagi Sally.”
Iskandar berkata perlahan, bimbang didengari oleh bapanya.
“Apa dia Is?”
“Tak ada apa lah mama, Is kena kahwin juga ke dengan budak kolot tu?”
“Is..! tak baik cakap macam tu, budak kolot apa pula? Dia tu kan bakal isteri Is.”
“Kolot lah, pakaian macam budak kampung, baju kurung, baju kebaya, tak ada baju lain ke? Pakai lah dress ke, skirt ke, baru lah nampak moden..”
“Macam si Sally pakai skirt tak cukup kain tu?”
Terkejut Iskandar mendengar jerkahan papanya, mulutnya terkunci rapat.
“Itu yang kamu suka sangatkan? Jangan harap lah Sally tu nak jadi menantu dalam rumah ni, papa tak suka..!”
“Why papa? What’s wrong with her? Apa yang hebat sangat dengan anak pungut tu kalau nak dibandingkan dengan Sally tu?”
“Iz..! Jangan nak jadi kurang ajar, Huda tu bukan anak pungut, dan keputusan papa tetap, kamu kena kahwin dengan dia, atau satu sen pun harta papa kamu tak akan dapat.”
“Hah..! Apa ni papa, mana boleh main ugut macam ni? Is tak cintakan dia, macam mana Is nak kahwin dengan dia?”
“Suka hati lah nak cakap apa, keputusan papa muktamat, full stop..”
Anita hanya memandang sepi, tidak mahu menyampuk, perangai suaminya saling tak tumpah dengan Badariah, putih katanya, putih lah, jangan lah orang lain suka-suka hati nak tukar warna lain, pantang sungguh bagi mereka.
“Mama, tolong lah Is, Is tak nak lah kahwin dengan Huda, Is cintakan Sally.”
“Mama pun tak tahu nak tolong macam mana, tapi mama rasa Huda tu calon yang sesuai untuk Is, cantik, hormat orang tua, cerdik, apa lagi yang Is cari?”
“Ish..! mama ni tak faham ke, Is tak cintakan dia..”
“Nanti dah kahwin, belajar-belajar lah bercinta. Ni mama nak tanya, bukan dulu kamu dah putus dengan Sally ke sebelum kamu ke London?”
“Bukan putus, bergaduh sikit saja, dia pun pernah jumpa Is kat London.”
Iskandar menelan liur, matilah dia kalau mama dan papanya tahu apa yang telah dibuatnya bersama Sally di negara orang tu, bukan sekali dua Sally datang berjumpanya di London, Sally pun anak orang berada, setakat tiket kapal terbang tu, ibarat tiket bas saja kepadanya.
“Sudah lah, mengelamun pula dia, mama naik atas dulu, nanti bising pula papa kamu tu, dah pukul berapa ni, jangan tidur lewat.”
“Ye lah..”
Acuh tak acuh saja Iskandar menjawab, hatinya masih sakit dengan keputusan papanya. Dulu dia tak pernah bencikan Shuhada, mereka pun pernah membesar bersama-sama, tapi tiba-tiba rasa bencinya mula bercambah, hatinya sakit kerana terpaksa berkahwin dengan Shuhada.

Walaupun penat ketika di Perak masih tidak hilang lagi, Shuhada terpaksa juga mengagahkan diri untuk pulang ke rumahnya. Mamanya sudah beberapa kali menyuruh dia pulang, rindu kata mamanya. Kadang-kadang Shuhada naik rimas dengan perangai Badariah yang tidak mahu berenggang dengannya. Tetapi jika tidak di ikut, bimbang pula jika Badariah berkecil hati.
Shuhada mesti balik ke rumahnya, paling kurang dua kali sebulan. Itu adalah syarat yang diberikan oleh Badariah jika Shuhada ingin tinggal di rumah sewa. Mujurlah Johan ada, dialah yang mengambil Shuhada dari rumah sewanya dan menghantarnya pulang semula. Walaupun mereka mempunyai pemandu peribadi, tetapi Johan lebih suka jika dia yang mengambil sendiri Shuhada, dia mahu keselamatan Shuhada terjamin. Sayangnya kepada Shuhada melebihi segala-galanya.
Shuhada tergesa-gesa menghampiri kereta proton Waja milik abangnya, jam sudah menunjukkan pukul 10 pagi. Pasti abangnya itu sudah lama menunggu, janjinya pukul 9.30, tetapi dia terlewat bangun pula.
“Hai, dah lama tunggu?”
“Lama lah juga, tak nampak ni, dah tumbuh janggut pun.”
“Alah, tu janggut semalam tak sempat nak buang kan?”
Johan tertawa sendiri mendengar kata-kata adik kesayangannya itu.
“Sorry lah, Huda lambat bangun tadi, semalam stay sampai pukul 3 pagi, ada kerja sikit.” Ujar Shuhada, memohon maaf.
“Lewatnya tidur, ni nak balik ni ada apa-apa yang tertinggal ke?”
“Emm… tak ada, jomlah. Tapi kita singgah makan dulu, Huda laparlah, dari tadi tak makan apa lagi.”
“Tapi hari ini mama masak nasi ayam tau, nanti dah sampai rumah, tak larat nak makan pula, rugilah.”
“Nasi ayam? Eeii.. sedapnya.! Tak apalah, kita makan alas perut saja, lapar sangat ni. Perut Huda dah menyanyi-nyanyi ni..”
“Yelah, yelah..”
“Assalamualaikum..”
“Dah balik pun, Huda ni kalau mama tak bising suruh balik, tak baliklah ke rumah ni.” Shuhada segera menyalami tangan Badariah, kedua pipi Badariah dikucupnya. “Huda sibuk lah mama, lepas balik dari Perak hari tu, tak sempat nak rehat, kena siapkan assignment pula. Semalam stay sampai pukul 3 pagi, penat tau..”
“Alahai, kesiannya, itulah, yang sibuk sangat nak pergi Perak siapa yang suruh?”
“Mama ni nak mula lah tu, papa mana mama? Tak balik makan sekali ke?” “Pandai lah nak tukar topik, macam tak biasa dengan papa kamu tu, malam nantilah baru baliknya.”
“Mama, Huda laparlah..” Shuhada memeluk pinggang mamanya sambil kepalanya dilentokkan di atas bahu mamanya itu.
“Dari pagi tak makan apa-apa.”
“Alah nak bermanja lah tu, tadi yang Huda makan nasi lemak sebelum sampai rumah tu apa? Bukan makan namanya tu?”
“Itu tadi, tapi tengah hari ni Huda tak makan lagi, he..”
“Dah, dah.. mama ada masak nasi ayam hari ini, Huda makan lah kenyang-kenyang.”
“Eeii.. perut tempayan betul lah Huda ni, tadi baru makan nasi lemak, ini nak makan nasi ayam pula. Nanti gemuk baru tahu.”
“Sibuk lah abang ni, perut Huda kan perut tempayan, tak apa isi banyak-banyak, he..”
Selepas menjamu selera, Shuhada menuju ke bilik untuk merehatkan badannya. “Boleh abang masuk?”
“Eh, masuklah, tak bertutup pun pintu tu.”
Johan memasuki bilik Shuhada dan duduk di tepi katil.
“Kenapa abang pandang Huda macam tu?” Shuhada bangun dari pembaringannya, dia bersila di atas katil menghadap Johan.
“Saja, dah lama tak sembang dengan Huda, dah besar adik abang ni.”
“Apa abang ni tiba-tiba cakap macam tu. Baru tiga minggu tak jumpa Huda, kenapa dengan abang ni? Atau abang nak kahwin cepat-cepat dengan Kak Jas ke?” “Merepek je, mana ada tukar tarikh, kan dah rancang hujung tahun ni.”
“Manalah tahu, kalau dah tak sabar.”
“Mama ada tanya apa-apa tentang Huda pergi Perak?”
“Tak ada pun, dia percaya cakap anak kesayangan dia ni. Huda tak perlu risaulah.”
“Yelah, mati Huda kalau mak tahu Huda pergi kenduri kat rumah Nab, bagitahu kat dia ada program dengan kolej. Tak boleh nak bayangkan kalau mama tahu Huda tipu dia.”
“Emm.. Huda ingat lagi tak dengan Iskandar?”
“Iskandar mana pula ni? Manalah Huda ingat semua nama kawan abang.” Otaknya ligat berputar mencari nama Iskandar,
“Macam pernah dengar..”
“Bukan kawan abang lah, Iskandar, anak Mak Ngah Nita, ingat tak?”
“Oh, Is, yelah, lupa pula nama dia Iskandar. Emm.. kenapa dengan dia?”
“Dia dah balik Malaysia, dah seminggu pun, minggu lepas dia ada datang sini.” “Is dah balik Malaysia?”
Shuhada tersenyum lebar, rindu pula rasanya kepada sepupunya itu.
“Hai, senyum lebar nampak bila dengar nama Is, ada apa-apa ke?”
“Ish, tak ada apa lah, Huda dah lama tak jumpa dia, kalau dapat jumpa mesti seronok kan?”
“Abang nak tanya sikit boleh?”
“Tanya apa? Lain macam je abang hari ni, tanya la.”
“Huda dah ada special?”
“Ish.. abang ni, tak ada soalan yang lagi bagus ke? kenapa tanya soalan macam tu?”
“La.. tak boleh tanya ke?”
“Dulu adalah, sekarang ni Huda dah available balik..”
“Tak ada pengganti ke?”
“Abang ni banyak tanya lah, nanti kalau Huda dah ada special, Huda bagitau abang okey? Buat masa sekarang ni tak ada lagi.”
“Yelah, jangan lupa bagitahu okey. Huda rehat lah, abang tak nak kacau dah, lagi pun abang nak pergi office ni.”
“Malam ni balik awal tau, papa sekali, papa tu asyik kerja saja, dah tak tahu nak balik awal.”
“Yelah makcik..”
“Eeii..!! teruk la abang ni..!! panggil Huda makcik..!!”
Johan segera melarikan diri sebaik saja ternampak Shuhada hendak membaling bantal kearahnya.
Selepas menunaikan solat zohor, Shuhada terlena, mungkin kerana kurang rehat menyebabkan mudah saja dia melelapkan matanya. Dia terjaga dari tidurnya apabila mendengar bunyi ketukan dari pintu biliknya. Dengan malas, dia membuka mata dan melihat jam di atas meja disi katilnya. Matanya menjadi segar apabila terpandangkan jam yang sudah hampir menunjuk ke angka 8.
“Err.. siapa?”
“Mama ni, boleh mama masuk?”
“Masuklah, pintu tak berkunci.”
Badariah menuju kearah Shuhada sambil tersenyum lebar.
“Kenapa tak kejut Huda, Huda tidur sampai terlajak asar.”
“Maaflah, mama pun tak sedar tadi, ni nak kejut Huda lah. Dah mandi belum? Malam ni ada orang nak jumpa Huda tau.”
“Siapa?”
“Is, dia nak ajak Huda keluar makan malam ni.”
“Eh, kenapa tiba-tiba pula? Huda penatlah mama..”
“Tak baik menolak, lagipun mama dah bersetuju bagi pihak Huda, nanti apa pula kata Is. Huda pergi mandi dulu, maghrib pun dah nak habis ni, nanti tak sempat pula.” “Yelah, yelah..”
Shuhada merungut di dalam hati, penat siang tadi belum hilang, terpaksa pula keluar malam ni. Dia terpaksa menurut kehendak mamanya, bukan dia tidak faham mamanya yang seorang itu. Putih katanya, putihlah, hitam katanya, hitamlah. Selesai menunaikan solat maghrib dan bersiap ala kadar, Shuhada segera turun ke ruang tamu. Kelihatan seorang lelaki sedang duduk bersama mamanya. Mungkin itu Iskandar, bisik hati kecil Shuhada. Dia sendiri tidak dapat mengecam Iskandar kerana sudah lama tidak berjumpa dengan lelaki itu, hampir tujuh tahun.
Shuhada yang mengenakan blause biru lembut bersama gaun hitam labuh dan dipadankan dengan tudung berwarna putih.
“Cantiknya anak mama malam ni, sepadan dengan Is.”
Shuhada tersenyum malu.
“Mama ni kalau nak puji pun, janganlah depan Is, malulah Huda.”
‘Cantik sangat lah tu, berlakon baik, entah-entah pergi kolej pakai skirt pendek.’
Iskandar mengutuk di dalam hati, kalau tak kerana papanya yang beria-ia menyuruh dia keluar dengan Shuhada, dia sendiri pun tak ingin.
“Emm.. Kami pergi dululah, nanti keluar lewat, balik lewat pula.”
“Baiklah, bawa kereta tu elok-elok.”
Senang hati Badariah melihat Iskandar dan Shuhada, harapannya agar impian dia dan adik iparnya akan termakbul.
Shuhada sedikit kekok apabila berdua-duaan bersama Iskandar, dia sekadar membisu apabila berada di dalam kereta. Mungkin kerana sudah lama tidak bertemu. Akhirnya Iskandar memecah kebisuan antara mereka.
“Kita nak makan ke mana ni?”
“Emm.. ikut Is lah,”
“Huda sekarang belajar tahun berapa?” Iskandar cuba membuka topik, walaupun dia sendiri sudah tahu yang Shuhada kini sudah di tahun akhir pengajiannya. Bosan pula asyik membisu, di kepalanya asyik terbayangkan Sally sahaja.
“Tahun akhir dah, lagi empat bulan habis lah.”
“So, lepas ni nak kerja mana?”
“Emm.. papa suruh kerja dengan dia, kebetulan pula pekerja lamanya nak berhenti dalam dua tiga bulan lagi.”
“Oh, ye ke..”
Mereka berhenti di sebuah restoran yang terkenal dengan masakan ala Perancis. Bagi Shuhada, ini merupakan pengalaman baru baginya, kerana dia jarang sekali mengunjungi restoran seperti ini. Shuhada cuba menyesuaikan diri dengan keadaan, Iskandar seakan tidak berminat untuk melayannya.
‘Penat kerja siang tadi kot.’
Shuhada membuat telahan sendiri, tidak mahu berfikir yang bukan-bukan. Iskandar di depannya kini bukan seperti Iskandar dahulu, dimatanya Iskandar sudah banyak berubah, tidak semesra dahulu.
Selepas bersiar-siar di sekitar Kuala Lumpur, hampir 11 malam baru Iskandar menghantar Shuhada pulang ke rumah.

Friday, November 20, 2009

Inikah Takdir 1

Jam menunjukkan pukul 9 pagi, Shuhada membetulkan tudungnya di hadapan cermin. Kelihatan sahabatnya Nabila tergesa-gesa mengenakan tudung.
“Kau dah siap pergilah duduk luar, menyibuk je orang nak bersiap.”
“Yelah, aku tunggu kat luar, jangan lama-lama sangat make up tu, nanti lambat pula kita.”
“Aku tahu lah, dah, dah, pergi duduk luar.”
Shuhada membawa beg nya ke ruang tamu. Dia memeriksa sekali lagi barang-barangnya di dalam beg, bimbang jika ada yang tertinggal.
“Ok, aku dah siap, jom kita keluar sekarang, nanti tak sempat naik bas pula.”

Shuhada berhenti seketika mengambil nafas, Nabila sudah jauh berada di hadapannya. Dia segera menyambung langkahnya, bimbang juga dia jika kehilangan Nabila, sudah lah dirinya tidak berapa tahu selok belok puduraya ini, nasib tidak baik, sesat pula.
“Ini lah untungnya kalau jadi anak manja, nak naik bas pun tak pandai, buat malu saja.” Shuhada membebel pada dirinya sendiri.
“Nasib baik sempat, ada lagi setengah jam sebelum bas nak bertolak, Huda, kau tak nak beli sarapan ke?”
“Jomlah beli sekali, kau taknak makan ke?”
“Aku nak beli roti saja lah.”
“Tadi aku geram betul dengan driver bas tadi, bawa bas macam orang mabuk, sakit hati aku, nasib baik tak jadi apa-apa.”
“Aku pun geram juga, tapi yang lagi aku risau kalau jadi apa-apa, kempunan lah aku nak balik kampung kau, hehe..”
“Dah lah, jaga sikit mulut tu, kita nak naik bas lagi ni.”
“Kau yang mula dulu tadi, sudah lah, jom kita turun bawah, nanti tertinggal bas, dua-dua kempunan tak dapat balik kampung.”
“Nab, kau nak tahu satu rahsia tak?”
“Apa dia?”
“Sebenarnya inilah kali pertama aku naik bas, keluar dari KL.”
“Alah, rahsia apanya, aku memang dah tahu dari awal lagi rahsia kau tu.”
“Macam mana kau tahu pula?”
“Oii mak cik, kau juga yang bagitahu aku dulukan, ye lah, anak manja, mana boleh naik bas macam ni, nanti mencemar duli pula. Hehe..”
“Ooo.. perli aku ye. Aku tahu lah siapa aku ni.”
“Tahu tak apa, hehe..”
“Cik Huda, bangunlah, kita sudah sampai ni.”
“Dah sampai ke?”
“Sampai stesen bas, rumah aku belum sampai lagi, jom turun, rasanya abang aku dah ada tunggu kita.”
Dari jauh kelihatan seorang lelaki melambaikan tangan ke arah mereka.
“Itu abang kau ke?”
“Mana?”
“Itu, yang pakai baju hijau tu.”
“Ish..! pandai saja kau ni, abang aku tak ada lah hensem macam tu, entah mamat mana, aku pun tak kenal.”
“Tapi dia lambai tangan kat kita tadi.”
“Dia lambai kat orang lain tu, ha.. itu baru abang aku, jom.”
“Apa khabar adik kesayangan Abang Long ni?”
“Ish..! dah buang tabiat ke? Tolong lah angkat beg ni, berat tau.”
“Alah, nak bergurau sikit pun tak boleh, emm.. ini Shuhada ye?”
“Ha’ah, panggil Huda saja.”
“Kalau nak beramah mesra pun, tunggu lah sampai rumah, panas la kat sini.” “Yelah, yelah.. tak boleh nak bersabar langsung.”
“Jemput lah masuk, buat macam rumah orang ye, hehe..”
“Ish..! tak senonoh betul adik aku ni, jemput masuk Huda, jangan ambil hati sangat dengan Nabila tu.”
“Tak apa, saya dah biasa dengan perangai dia tu.”
“Apa khabar makcik,” Shuhada menyalami tangan kedua orang tua Nabila, ini kali kedua dia bertemu dengan orang tua Nabila, kali pertama semasa hari pendaftaran mereka di kolej.
“Mak dengan ayah tahu ke nak datang perak ni?”
“Tahu makcik, mak saya pun bukan tak kenal Nabila, dia pun selalu juga datang rumah saya kat KL.”
“Yelah, elok lah kalau macam tu, bukan apa, sekarang ni macam-macam kes kita dengar, nanti risau pula keluarga Huda kalau tak beritahu nak pergi ke mana.”
“Minum lah air tu Huda, air tangan anak dara, tak tahu lah sedap atau tak.”
“Mak ni, tak baik tau, kat rumah di KL, orang yang selalu buat air tau. Betul tak Huda?”
“Betullah tu, sedap je air ni makcik, kira dah boleh lulus ni.”
“Lulus apa?”
“Lulus, sudah boleh kahwin.”
“Amboi sedapnya mulut mengata aku.”
“Bagus lah kalau dah lulus, nanti boleh suruh Azmi masuk meminang.” “Abang Long..!” Wajah Nabila sudah bertukar kemerahan kerana malu.
****************************************************************
“Nab, bawa motor tu perlahan lah sikit.” “Alah, relax lah, aku dah biasa dengan jalan ni, kau pegang aku kuat-kuat, nanti tercicir pula, hehe..”
“Cis, berlagak betul..”
“Ok, kita sudah sampai, aku dah lama tak jogging kat sini, akhirnya setelah sekian lama, kita bertemu semula lake garden..”
“Oii.. bermadah pula dia, geli aku.”
“Kau tahu tak kenapa aku suka jogging kat sini?”
“Kenapa?”
“Sambil menghirup udara segar, aku dapat cuci mata, hehe..”
“Cis, ingatkan apa tadi, aku bagitahu Azmi baru kau tahu.”
“Alah, bukan buat apa pun, aku tengok pakwe-pakwe hensem tu, bukan luak apa-apa. Huda, kita lawan nak, kalau aku sampai dulu kat tiang lampu tu, kau bawa motor masa balik nanti, ok?”
“Mana adil, aku tak tahu bawa motor lah..!”
“Aku tak peduli.. bye.. bye..”
Shuhada mengejar Nabila yang sudah mula mendahuluinya, walaupun dia tahu Nabila sekadar bergurau, tapi dia juga tidak mahu kalah kepada sahabatnya itu.
“Huda, jangan lah laju sangat, aku nak pancit dah ni, slow lah sikit jogging tu, tahu lah kau menang tadi.”
“Itulah, salah orang kau nak ajak bertanding, lainlah kalau kau ajak Fidah, confirm kau menang, hehe..”
“Ish, tak baik mengata orang, aku bagitahu Fidah baru kau tahu.”
“Eh, janganlah, kecil hati pula kawan kita tu nanti, lepas tu dia report kat Jamal, aku juga yang kena nanti.”
“Alah, Fidah tu semua nak mengadu dengan Jamal, macam lah si Jamal tu suami dia.”
“Nak buat macam mana, itu lah penangan cinta. Mengata orang konon, macam lah kau tu tak suka mengadu dengan Azmi.”
Nabila sekadar tersenyum malu mendengar kata-kata Shuhada, ada benar juga kata-katanya itu.
***********************************************************
“Hoi..! nak mencuri ke?” Hampir terjatuh kunci di tangan Shuhada apabila dijerkah begitu.
“Apahal mamat ni?”
Lelaki itu menghampirinya dengan muka yang bengis.
“Muka saja lawa, tak ada kerja lain ke? Ni sekolah tingkatan berapa ni?” terpinga-pinga Shuhada mendengar kata-kata lelaki itu, dia diam tidak bersuara.
“Tak ada suara ke? Aku tanya ni, jawab lah..!”
“Err.. tak sekolah dah.”
“Oo.. dah habis sekolah, habis tu tak kerja lah? Kalau tak kerja pun, jangan lah nak mencuri pula..!”
“Eh, encik, apa main tuduh-tuduh ni, saya curi apa pula?”
Shuhada mula hilang sabar dengan lelaki itu, datang dengan tiba-tiba, menuduh dia pencuri pula.
“ Kau ingat aku tak nampak ke? Kau nak curi helmet aku kan?”
“Curi helmet..! gila apa awak ni?”
Nabila yang baru keluar dari tandas segera menuju ke arah Shuhada apabila melihat kekecohan itu.
“Kenapa ni? Eh, Wan, kenapa ni?”
“Nab, kau kenal mamat ni?”
“Kenal, tapi kenapa ni?”
“Kawan kau ke ni?”
“Ha’ah, eh, aku tanya ni..! Ada apa bising-bising ni?”
“Kawan kau ni nak curi helmet aku.”
“Curi helmet? Huda? Gila apa kau ni Wan? Helmet macam kau tu, lebih dari sepuluh dia boleh beli tau, tak ada makna nya dia nak curi helmet kau ni.”
“Err.. Nab, kau kata helmet dia?”
“Yelah, kenapa?”
*************************************************************
Nabila masih tidak berhenti ketawa, terhinjut-hinjut badannya menahan ketawa. “Sudah lah, dari tadi tak habis lagi gelak kan aku, bawa lah motor tu elok-elok.”
“Tak boleh tahan lah Huda, ini dah habis cover aku punya gelak, hehe.. macam mana lah kau boleh tersilap motor pula? Lepas tu nak ambil helmet orang pula.”
“Mana lah aku perasan, motor korang lebih kurang sama saja. Dia pun salah juga, main serang saja, tak boleh tanya baik-baik ke?”
“Kasihan betul, kena tuduh pencuri pula, nasib baik aku ada tadi, kalau tak dia dah panggil polis kot, hehe..”
“Ah, mamat gila, masuk akal ke awek cun macam aku ni nak mencuri helmet.”
“Yelah tu, perasan..!”
“Nab, itu bukan mamat yang semalam tu ke?”
“Mana?”
“itu, yang tengah tolong pasang khemah tu.”
Nabila melihat ke arah yang di tunjukkan oleh Shuhada.
“Ha’ah, dialah, kenapa?”
“Dia buat apa pula kat sini?”
“Lupa pula aku nak bagitahu kau, dia tu sepupu Mila, tinggal dekat-dekat sini juga, kat taman Kaya.”
“Oo..”
“Kenapa? Sudah terpikat ke?”
“Ish..! mamat sewel macam tu siapa yang nak? Tak ingin aku, nanti hari-hari kena marah.”
“Eh, dia baik lah, dia selalu juga datang sini, dia baik dengan abang Mila, aku pernah lah juga bersembang-sembang dengan dia.”
“Baik apanya, semalam garang macam singa.”
“Hai anak dara berdua, mari lah masuk rumah, tolong apa yang patut, ni bunga telur banyak tak berisi lagi.”
“Yelah, yelah, kami nak masuk lah ni. Potong betul lah mak aku ni, nak lepak sekejap pun tak boleh.”
“Itulah, aku dah tanya tadi, tak ada apa-apa yang perlu di bantu ke, kau ajak aku duduk luar ni, kan dah kena tegur.”
“Alah, tak ada apa-apa lah, jom masuk, nanti mak aku bising pula. Kau lah ni, rajin sangat nak datang awal, bukan jauh sangat rumah aku dengan rumah Mila ni, sebelah rumah saja, kan kena suruh buat kerja, ”
“Kau ni Nab, berkira sangat dengan jiran, aku bukan apa, saja nak merasa kemeriahan sambutan kenduri kahwin ni.”
“Banyak la kau punya kemeriahan, dah, jom masuk lah.”
Ikhwan mencuri pandang ke arah dua orang gadis itu, pandangannya jatuh pada Shuhada. Ikhwan tersenyum sendiri apabila teringat peristiwa semalam, dia pun tidak menyangka dirinya boleh menuduh gadis baik seperti itu, akhirnya dia juga yang malu sendiri, menuduh orang tidak tentu fasal.
“Hei..! apa hal senyum-senyum ni?”
“Ish.. mana ada lah. Andy, kau kenal tak kawan Nab tu?”
“Kawan dia yang mana?”
“Alah, yang duduk kat luar sekali dengan dia tadi tu.”
“Oo.. entah, aku tak kenallah, kenapa? Berkenan ke?”
“Tak adalah, saja tanya.”
“Kalau kau berkenan aku boleh tanya pada Mila nanti. Boleh tahan juga budak tu, tak silap aku, hari tu Mila ada bagitahu aku kawan Nab tu dari KL, ikut Nab balik sini sebab nak merasa kenduri kat kampung.”
“Oo.. orang KL, kenduri di KL tak sama dengan di kampung ke?”
“Mana lah aku tahu, kau tanya lah dia sendiri nanti.”
“Sebenarnya semalam aku dah jumpa dengan dia, tapi tak sempat nak tanya nama.”
“Dah berjumpa? Jumpa kat mana? Kenapa tak tanya nama dia?”
“Lake garden, kau ingat tak budak perempuan yang aku cerita kat kau semalam tu? Dialah orangnya.”
“Oh, ye ke, tak apa, nanti aku tolong kau tanyakan nama dia ye..”
“Ini yang aku tension ni, siapa pula yang pakai selipar aku ni? Punya banyak selipar, selipar aku juga yang jadi mangsa.”
Mata Ikhwan meliar mencari seliparnya yang sudah hilang, baru sebentar tadi dia masuk untuk meletak barang, sekejap sahaja selipar nya sudah hilang, dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Tiba-tiba matanya tertumpu kepada seseorang yang amat dikenalinya sedang memakai seliparnya.
“Err.. awak,”
“Ish..! mamat ni lagi, tak ada orang lain ke?” Shuhada merungut di dalam hatinya.
“Emm.. ada apa?” Ujarnya acuh tidak acuh.
“Nak selipar.” Ikhwan menunjuk kearah kaki Shuhada. Shuhada pula memandang kakinya, dia hampir terlupa, yang dia sedang memakai kasut orang lain, kerana kasutnya sendiri sudah hilang.
“Oo.. kasut awak ye, emm.. sorry lah, ambil lah, saya bukan nak mencuri pun, pinjam saja sebab kasut saya pun sudah hilang.”
“Eh, tak apa, jangan lah perli saya macam tu. Awak pakai lah selipar ni dulu, nanti awak letak balik kat depan tu, yang ini selipar siapa tak tahu lah.”
Mereka saling bertukar selipar, Shuhada memakai selipar yang diberikan oleh Ikhwan dan mengembalikan selipar lelaki itu.
“Nama apa? Semalam tak sempat nak tanya.”
“Kalau dah angin satu badan, manalah sempat nak tanya apa-apa.”
“Sorry lah fasal semalam tu, tak kan marah lagi kot, ni dah tanya ni, tak nak bagitahu ke?”
“Emm.. panggil Huda saja. Saya masuk dalam dulu lah.”
“Emm.. ok, jalan baik-baik, jatuh bangun sendiri.”
“Tahu lah, sibuk saja.” Ikhwan ketawa sendiri apabila melihat wajah kelat Shuhada, nampaknya gadis itu masih terasa hati dengan kejadian semalam.
***********************************
Shuhada melihat jam di tangannya, orang yang di nanti-nanti masih belum sampai. Nabila yang duduk berhadapan dengannya sedang enak menikmati ais kacang, sedangkan ais kacangnya langsung tidak terusik.
“Huda, minum lah ais kacang tu, sedap tau, sekejap lagi sampai lah dia tu.” “Yelah, aku, kalau tak sebab kau yang beria-ria nak berjumpa dengan dia, tak kuasa aku nak datang tau. Malas lah aku nak melayan mamat tu, bila jumpa dengan dia saja, mesti jadi apa-apa.”
“Alah, kebetulan saja tu.”
“Aku mandi air sirap pun kira kebetulan ke?”
“Tak kan lah dia saja-saja nak simbah kau dengan air sirap tu, fikir lah sikit.” “Aku tak kata lah dia sengaja, tapi, dua kali aku terjumpa dia, dua kali juga benda buruk jadi kat aku.”
“Kali pertama apa? Oh.. fasal helmet tu ye? Alah, baru dua kali, belum masuk kali ketiga, kali ketiga ni, tak ada dah kot jadi benda buruk-buruk. Ha.. tu, dia dah datang.”
“Hai, dah lama tunggu?”
“Lama juga lah, rasa macam nak tumbuh janggut dah.” Shuhada membalas dengan nada menyindir.
“Macam marah saja bunyi nya, sorry lah, tadi masa nak datang sini ada road block pula, itu yang lambat sikit ni.”
“Kat mana road block? Pandai cari alasan ye, kami datang tadi tak ada pun.” “Korang datang ikut mana tadi? Road block tu kat pekan.”
“Oh.. patut lah, kami lalu jalan lain.”
“Tak kan order ais kacang saja kot, tak apa, malam ni saya belanja.”
“Eh, eh, ada orang nak belanja lah Huda, aku nak makan yong taufu lah, Huda, jom pilih yong taufu.”
“Malas lah, kau pilih lah apa-apa pun, aku makan je.”
“Yelah, nanti jangan banyak complaint.”
“Awak tak nak ikut Nab ke?”
“Emm.. tak pandai nak pilih, nanti saya makan saja lah.”
“Awak ni macam tak sudi nak jumpa saya saja.”
“Memang pun..!” Tetapi kata-kata itu
tidak terluah dari bibir Shuhada.
“Tak lah, cuma rasa penat sikit saja.”
“Awak, saya betul-betul minta maaf tentang air sirap tu, saya memang tak sengaja, tak perasan langsung awak ada kat belakang saya.”
Shuhada memandang wajah Ikhwan, lelaki itu nampaknya ikhlas meminta maaf, tak patut pula jika dia masih menaruh dendam kepadanya. Lagi pun semuanya telah terjadi. Terbayang di kepalanya kejadian siang tadi semasa berada di kenduri kahwin jiran Nabila. Niatnya untuk meminta air minuman untuk tetamu, tetapi dia pula yang bermandi air minuman itu kerana berlanggar dengan Ikhwan yang kebetulan sedang memegang bekas berisi air minuman itu.
“Amboi, rancak bersembang, aku baru pergi sekejap.”
“Sembang-sembang kosong saja. Korang berdua balik KL bila?”
“Emm.. esok lah, hari Isnin kitaorang dah mula kelas, kenapa?”
“Kalau korang tak kisah aku nak ajak balik sekali.”
“Balik mana? KL?”
“Yelah, aku pun esok nak balik KL juga..”
“Oh.. lupa pula kau kerja kat KL, emm.. macam mana Huda? Nak tak?”
“Tak apa lah, kitaorang naik bas saja lah, tak nak lah menyusah kan awak.” “Susah apanya pula, tak susah pun, lagi pun saya balik seorang saja, bosan lah.” “Ehem..ehem.. dulu tak pernah pelawa aku balik sekali pun, ada apa-apa ke?”
Terdiam seketika Ikhwan mendengar kata-kata Nabila, otaknya ligat mencari alasan yang sesuai.
“Ha.. gelabah, gelabah, tak tahu nak cakap apa.”
“Eh, err.. dulu kita tak pernah terserempak nak balik sekali, sebab itu lah aku tak pernah pelawa kau balik sekali.”
“Yelah tu, kira ok lah Huda, jimat duit tambang aku nanti.”
“Tapi..”
“Kalau awak tak setuju, maknanya awak masih marah dengan saya lagi.”
“Tak menyusahkan awak ke?”
“Tak lah.”
“Emm.. baik lah.”
Akhirnya Shuhada akur dengan kehendak Ikhwan, dia nampaknya tiada pilihan lain selain bersetuju dengan permintaan lelaki itu. Kalau di tolak, bimbang pula jika Ikhwan menyangka bahawa dia masih tidak memaaf kan nya.
“Macam itu lah, kan senang, lepas ni kita pergi fun fair nak?”
“Ish, nanti lewat pula nak balik rumah, kena marah pula dengan mak kau.” “Alah, sekejap saja, kita pusing-pusing sekejap, lepas tu baliklah. Wan, nak ikut tak?” “Ok juga tu.”
“Aku tahu, kau mesti tak menolak punya.”
*****
“Kami balik dulu mak, abah.” Nabila menyalami tangan kedua orang tuanya, diikuti oleh Shuhada.
“Abang Long jaga mak dengan abah tau.”
“Tahu lah, kau tu belajar betul-betul, jangan ingat nak berseronok saja.”
“Ye lah..” Nabila menyalami tangan abangnya pula.
“Mak cik, pak cik, kami pergi dulu.”
“Ye lah, bawa kereta tu elok-elok, ingat, awak tu bawa anak dara orang.”
“Baik lah, assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam..”
serentak kedua orang tua Nabila menjawab salam daripada Ikhwan.
Shuhada mengetap bibirnya, geram sungguh dia dengan Nabila, temannya itu sengaja mengambil tempat duduk di belakang terlebih dahulu, jadi dia tiada pilihan terpaksa mengambil tempat duduk di hadapan. Tidak manis pula jika dibiar kan Ikhwan memandu seorang diri di hadapan, sedangkan dia dan Nabila jadi mak datin pula duduk di belakang. Masing-masing membisu, tidak tahu apa yang hendak di bicara kan.

Wednesday, November 18, 2009

Cintaku Milikmu 3

“Encik Iz, Encik Johan dah sampai, boleh dia masuk sekarang?”
“Oh.. ok, boleh..”
“Encik Johan boleh masuk sekarang, Encik Iz ada di dalam.”
“Thanks..”
Suraya memberikan senyumannya yang paling manis sekali kepada Johan, dalam diam dia memuji ketampanan lelaki itu. Dia melihat tubuh Johan menghilang ke dalam bilik Izdihar.
“Eh, sudah-sudah lah tengok laki orang tu.. Aku yang ada depan mata ni tak nak tengok pula.”
“Kuss.. semangat..! Kau ni buat aku terkejut saja.. Tak ada kerja lain ke?”
Hampir saja Suraya hendak menampar muka Fauzi kerana terlalu terkejut dengan teguran lelaki itu secara tiba-tiba.
“Eleh.. kata aku, kau tu, yang tak ada kerja, usha laki orang macam nak makan.”
“Err.. eh.. mana ada, pandai saja kau ni.”
Wajah Suraya merona merah, malu kerana ada orang yang menyedari kelakuannya. ‘Alah, tengok saja, bukan luak pun..’ Ujar hati kecilnya. Dia buat-buat sibuk untuk menutup rasa malunya.
“Kalau kau nak tengok aku ni, tengok 24 jam pun boleh.”
Fauzi mengusik Suraya lagi, sengaja mahu menimbulkan kemarahan gadis itu, dia suka melihat wajah Suraya yang sedang marah, terutama jelingannya, jelingan gadis itu membuatkan dia tidak tidur malam.
“Ah.. sudah lah, malas nak layan kau ni..”
Suraya berlalu menuju pantry, meninggalkan Fauzi yang sedang tersenyum-senyum seperti kerang busuk dan berteleku di mejanya. Geram sungguh Suraya dengan Fauzi yang suka mengganggunya.
“Apa khabar pengantin baru?”
Izdihar sekadar tersenyum nipis mendengar gurauan Johan, hatinya tertanya-tanya tujuan kedatangan sahabatnya itu.
“Hai, dapat bini muda, tapi muka macam baru bercerai, tak berseri langsung, kenapa dengan kau ni Iz? Ada masalah ke?”
“Kau ni, ada-ada saja, ada hal apa kau datang ni?”
“Aku tanya kau, kau tanya aku balik, entah apa-apa je.. Aku datang ni sebab nak jemput kau datang rumah aku hari sabtu ni, ada kenduri sikit untuk anak aku.”
“Ye lah, terlupa pula aku, isteri kau dah habis pantang ke?”
“Belum lagi, tapi nak habis dah lah, tak lama lagi aku sambut raya lah..”
“Raya?”
Johan tersenyum nakal kepada Izdihar, melihatkan senyuman itu, Izdihar segera dapat menangkap maksud sebenar Johan.
“Cis.. aku ingat raya apa tadi..”
“Alah kau ni, macam tak pernah pula.. Ha.. nanti jangan lupa bawa isteri kau sekali, Ina kata tak sabar nak tengok bini muda kau. Hehe..”
“Tengoklah kalau dia sihat, aku bawa dia sekali.”
“Isteri kau sakit apa pula?.. Err.. isteri kau nama apa ye? Terlupa pula aku.”
“Nisya, dia bukan sakit teruk, sakit orang perempuan je.”
“Sakit datang bulan ke? Teruk sangat ke sakitnya?”
“Bukan, sakit lain, aku pun tak tahu nak cakap macam mana.”
“Sakit lain apa pula? Yang aku tahu, sakit perempuan ni, sakit sebab datang bulan lah. Sakit yang lain tak tahu lah pula, eh, bagitahu lah, isteri kau sakit apa?”
“Dia alah teruk, muntah sampai lembik badan.”
“Alahan apa sampai teruk macam tu? Selalunya orang muntah teruk ni, alahan sebab mengandung. Takkan lah isteri kau dah mengandung..”
Johan memandang tepat wajah Izdihar, cuba mencari jawapan di sebalik kebisuannya.
“Dah nak masuk lima minggu pun, minggu lepas dia pergi cheak up.”
“Eh.. tapi bukan.. err.. bukan korang baru nikah dua minggu lepas ke?”
Lagak Johan seakan-akan sedang mencongak matematik sambil mulutnya terkumat-kamit membilang nombor.
“Hoi..! bilang nombor ekor ke?”
“Ish.. kau ni..! aku tengah confius ni, aku salah dengar ke, atau kau yang salah cakap?”
“Kau tak salah dengar dan aku tak salah cakap, kau tak payah nak pening-peningkan kepala, cukup aku seorang yang pening kepala sudah lah.”
“Aku rasa macam ada yang tak kena saja ni.. Ha..! Kau jadi pak sanggup ye?”
“Bukan lah.. kau ni dari dulu suka sangat serkap jarang..”
“Dah kau cakap berbelit-belit, aku gasak je lah. Cuba kau bagitahu aku, apa sebenarnya yang berlaku, bagitahu apa yang aku tak tahu.”
“Aku nak cakap pun macam nak buka pekung di dada sendiri, tapi aku tak tahu nak luahkan pada siapa, aku buntu, tak tahu nak buat apa.”
“Hai.. macam besar je masalah kau ni Iz..”
“Nisya mengandungkan anak aku..”
“What..!!”
Bulat mata Johan memandang Izdihar, dia seakan tidak percaya mendengar kata-kata Izdihar itu, mulutnya terkunci, tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi.
Izdihar melambai-lambaikan tangannya di hadapan muka Johan, mengharapkan Johan kembali ke alam nyata.
“Aa.. err.. aku.. err...”
“Aku apa?”
“Terkejut.. dan confius..”
Izdihar tertawa kecil, lucu melihat reaksi daripada Johan, sudah dijangkanya reaksi sebegitu yang akan diberikan oleh Johan.
“Aku ingatkan kau jadi pak sanggup, macam tak percaya pula aku. Kenapa boleh jadi macam ni Iz? Sampai mengandung budak tu kau buat.”
“Semua ni berpunca daripada Maisarah.”
“Maisarah pula yang kau salahkan, apa kena mengena dia dengan kes kau ni?”
“Malam tu aku masa nak balik, aku terserempak Sara dengan seorang lelaki, bukan main mesra lagi, aku tak fikir panjang, terus follow diorang, sampai ke Sri Hartamas. Entah apa yang merasuk aku, sebab sakit hati tengok Sara dengan jantan lain, aku jadi lupa diri, aku follow diorang sampai masuk club.”
“Then, kau buat apa? Jangan bagitahu aku yang kau ambil benda tu..”
“Hemm.. kalau aku tak ambil benda tu malam tu, semua ni tak akan terjadi..”
“Ya Allah, Iz..! Kenapa tak hilang lagi perangai lama kau tu?”
“Aku tahu, salah aku, bila balik rumah, aku nampak Sara tunggu aku.”
“Ish.. apa hal pula Sara tiba-tiba ada kat rumah kau?”
“Aku mabuk Han, fikiran aku tak waras, lain di depan mata, lain yang aku nampak..”
Johan mengangguk-anggukkan kepalanya, dia sudah dapat menangkap kisah sebenar Izdihar, dia turut bersimpati dengan nasib yang menimpa Banisya, gadis itu menjadi mangsa keadaan.
“Patut lah, tiba-tiba saja kau nak kahwin, ni masuk kategori kahwin paksa juga ke?”
“Entah, aku pun tak pasti, yang aku tahu, aku cuma hendak menjalankan tanggungjawab aku, perkara dah jadi, takkan aku nak lepas tangan. Lebih teruk lagi, malam tu mak aku tak ada di rumah pula, tinggal Nisya seorang saja, kalau lah mak aku ada malam tu..”
“So, now, what is the problem?”
“Nisya.. dah seminggu tak bercakap dengan aku, asyik larikan diri saja, nampak saja aku balik, kelam kabut dia lari masuk bilik. Kalau terpaksa berdepan dengan aku pun, sepatah haram dia tak bersuara.. Dengan ibu atau along, boleh pula dia layan baik-baik. Aku tak faham lah..”
“Kenapa ye? Dia takut dengan kau kot..”
“Takut apa nye, aku ni dah jadi suami dia pun..”
“Emm.. kau lupa ke? Apa yang kau dah buat pada dia sebelum kau jadi suami dia?”
“Err..”
“Mungkin dia trauma kot, kau bawa lah dia jumpa doktor, tak boleh biar tu, dah lah tengah mengandung, gila meroyan nanti dia.”
“Gila meroyan tu gila apa?”
“Orang yang stress masa mengandung, kemungkinan besar boleh jadi gila selepas melahirkan anak, tu Ina lah yang bagitau aku, kalau dia tipu aku, aku pun tipu kau lah.. hehe..”
Termenung panjang Izdihar mendengar kata-kata Johan, hatinya dipagut rasa bimbang, dia bimbangkan kesihatan Banisya dan anak di dalam kandungannya itu.
“Eh, kalau baru nampak kau pun dia dah lari macam nampak hantu, tidur malam macam mana? Nak pula dia menghadap muka kau?”
“Tak ada soalan lain ke kau nak tanya? Aku nak keluar lunch ni, nak join tak?”
Soalan Johan dibiarkan sepi tanpa jawapan, Izdihar menanggalkan tali lehernya sambil matanya masih memandang Johan, menantikan jawapan lelaki itu.
“Oit..! nak ikut tak?”
“Ye lah.. yelah.. jom, soalan aku tadi kau tak jawab lagi..”
“Nanti lah aku jawab yer.. right now i’m starving...”
************************************************************
Kereta Izdihar meluncur laju memasuki halaman rumahnya. Dia merasa hairan dengan suasana sunyi yang menyelubungi rumah itu, tidak kedengaran suara Ikmal menyambutnya pulang seperti selalu. Tetapi bila saja melihat kereta ibunya tiada di garaj, dia mengandaikan ibunya mungkin membawa keluar Ikmal dan Banisya. Pintu yang berkunci menguatkan lagi andaiannya, mujur juga dia sentiasa membawa kunci rumah bersama-samanya, jadi tidak sukar baginya untuk memasuki rumah walaupun pintu berkunci.
Sebaik sahaja melangkah ke dalam rumah, hidungnya pantas menangkap bau sesuatu yang telah hangit dari arah dapur. Langkah nya laju diatur ke dapur untuk memeriksa.
“Ya Allah..! Siapa punya kerja ni? Nisya lah ni, kalau ye nak keluar rumah pun, tak kan lah tak perasan benda tengah masak atas dapur ni? Nasib baik lah aku cepat balik, kalau terbakar rumah ni, naya je.”
Izdihar membebel seorang diri melihatkan pengat ubi yang telah hangus diatas dapur, pantas tangannya menutup api dan menuangkan air paip ke dalam periuk yang sudah kehangusan itu. Selesai itu, dia menuju ke biliknya untuk membersihkan diri dan solat. Usai solat, tergerak hatinya untuk menghubungi Mardhiah.
“Assalamualaikum ibu..”
“Waalaikumsalam, Iz dah balik ye..”
“Emm.. ibu pergi mana?”
“Ni, along ni tadi mengamuk nak kan ais-krim, tu yang kami keluar ni. Ais-krim yang ada dalam ice box tu Nisya habiskan semua. Nak buat macam mana, ye lah, pembawa budak, macam-macam benda lah dia teringin nak makan.”
“Oh.. Nisya ada kat mana tu ibu?”
“Eh, Nisya ada kat rumah lah, tadi ibu ajak keluar dia tak nak, nak habiskan masak pengat ubi katanya, ibu keluar dengan along saja, tu dia tengah seronok main.”
“Eh..! Nisya tak ikut sekali? Tapi Iz tak nampak dia pun..”
“Ada kat bilik lah tu, okey lah, Ibu nak tengok-tengok kan along sekejap, bahaya pula tengok si along tu main sorang diri.”
“Emm.. okey..”
Sebaik sahaja Mardhiah memutuskan panggilan, Izihar segera menuju ke bilik Banisya. Hatinya gusar apabila Banisya tiada di dalam biliknya, semua bilik di tingkat atas diperiksanya, tetapi kelibat Banisya masih belum kelihatan. Izdihar menuju pula ke bawah termasuk memeriksa bahagian luar dapur, pula, tetapi dia hampa, Banisya tiada.
Tiba-tiba matanya terpandangkan pintu bilik air di dapur tertutup rapat. Telinganya didekatkan pada pintu, sayup-sayup kedengaran bunyi pili air sedang terbuka. Hatinya mula diserang rasa gusar, seingatnya, pintu bilik air itu jarang sekali di tutup.
“Nisya..Nisya..”
Tiada sahutan, dia cuba membuka pintu bilik air itu, tetapi berkunci.
“Ish..! mana pula kunci pendua ni? Ibu letak di mana?”
Izdihar mengomel sendiri sambil menyelongkar kabinet di dapur, mencari kunci pendua. Hampir lima minit menyelongkar, kunci yang dicari masih belum ditemui. Akhirnya Izdihar terpaksa mengambil tindakan drastik, pintu bilik air itu terpaksa dipecahkan.
“Nisya..! Ya Allah, Nisya..”
************************************************************
Izdihar setia menanti disisi katil Banisya, hatinya gusar melihatkan keadaan isterinya itu, mujur kandungannya tidak mempunyai masalah. Tanpa disedari, tangannya perlahan mengusap perut Banisya yang sudah mula menampakkan bentuknya.
“Encik, saya nak ambil tekanan darah boleh?”
Teguran seorang jururawat mengejutkan Izdihar dari lamunannya, pantas dia menarik tangannya dan mengangguk perlahan kepada jururawat tersebut. Dia menjarakkan sedikit kedudukannya untuk memberi ruang kepada jururawat tersebut melakukan tugasnya.
“Encik, tekanan darahnya rendah lagi, tapi bukan dalam peringkat bahaya, encik jangan bimbang, kita akan monitor tekanan darahnya setiap jam. Suhu okey, dia tak demam.”
“Oh.. terima kasih..”
Jururawat itu tersenyum manis dan menganggukkan kepalanya sebelum beredar keluar.
“Err.. nurse..”
“Kenapa encik?”
“Isteri saya ni bila boleh sedar?”
“Emm.. doktor tak terangkan tadi bagaimana keadaan isteri encik sekarang?”
“Err.. doktor bagitahu dia dah stabil, tapi bila boleh sedar, tak pula doktor bagitahu.”
“Emm.. Insyallah, sekejap lagi dia sedar lah tu, pukul berapa masuk wad tadi?”
“Pukul 6 petang tadi, sampai sekarang tak sedar lagi, risau juga saya..”
“Sekarang baru pukul 8 malam, kalau doktor kata dia dah okey, encik jangan risau sangat. Saya minta diri dulu ye, ada kerja yang perlu diselesaikan.”
“Oh, maaf lah mengganggu kerja awak..”
“Tak apa, saya pergi dulu..”
“Terima kasih..”
Beberapa minit kemudian Mardhiah menyusul bersama Ikmal.
“Iz, macam mana dengan Nisya?”
“Ibu.. Emm.. macam ni lah, tak sedar lagi.”
“Doktor bagitahu apa?”
“Tekanan darahnya rendah, sebab tu dia pengsan.”
“Ish.. Masa ibu keluar tadi, okey saja ibu tengok, tapi muka dia memang nampak pucat sikit. Ni, Ibu ada bawa barang-barang yang Iz pesan.”
“Emm.. tadi kelam kabut, tak sempat nak bawa apa dah.. Along.. jangan panjat katil tu, kan Ibu tak sihat tu, jangan kacau ibu..”
“Pe papa?”
“Ibu tak sihat sayang, mari sini, duduk dekat nenek..”
Ikmal segera mendapatkan neneknya apabila melihat wajah serius Izdihar. Namun mulutnya tetap becok bertanya itu dan ini kepada neneknya.
“Iz rasa elok Iz balik dulu lah, Ikmal ni pun tak tahu nak diam, nanti marah pula nurse sebab buat bising, sekarang pun dah lewat.”
“Emm.. ye lah.”
“Along, amin nenek, kita nak balik ni.”
“Nenek tak alik ke?”
“Nenek kena jaga ibu, kan ibu sakit.. Meh, sayang sikit.. Ala bucuk dia ni.. Jangan nakal-nakal, dengar cakap papa tau.”
Laju Ikmal menanggukkan kepalanya, tanda patuh pada kata-kata Mardhiah.
“Iz..”
Perlahan-lahan Banisya membuka matanya, pandangannya jatuh kepada Ikmal yang berada di sisinya dan kemudian beralih kepada Izdihar yang berada bertentangan dengannya di hujung katil dan terakhir, pandangannya jatuh pada Mardhiah.
“Ibu.. Nisya kat mana ni?”
“Kat hospital, Nisya pengsan petang tadi..”
“Pengsan?”
“Ha’ah, Iz terjumpa Nisya pengsan di bilik air.”
Tiba-tiba Banisya meraba perutnya, hatinya tiba-tiba gusar dengan keselamatan anak di dalam kandungannya, sedangkan sebelum ini, dia langsung tidak ambil berat tentang dirinya yang sedang berbadan dua, dia bencikan anak di dalam perutnya itu, pernah juga dia berniat untuk membuang janin yang baru hendak membesar itu. Banisya berishgtifar beberapa kali di dalam hatinya memikirkan betapa bodoh dirinya kerana mempunyai niat sebegitu rupa.
“Ibu.. anak Nisya..”
“Nisya rehat dulu, tekanan darah Nisya rendah.”
“Nisya tak nak rehat, ibu, anak Nisya macam mana? Nisya nak tahu, dia selamat?”
“Nisya, anak kita selamat..”
Pandangan Banisya beralih kepada Izdihar, hatinya sakit melihat senyuman yang terukir di bibir lelaki itu. Senyuman itu langsung tidak memberi ketenangan kepadanya.
“Nisya nak tidur..”
Banisya merebahkan semula tubuhnya ke katil, harapannya agar Izdihar segera berlalu pergi, entah kenapa hatinya sakit melihat lelaki itu. Dia mula membenci Izdihar sebaik saja mengetahui dirinya berbadan dua, dia tidak dapat menerima hakikat bahawa dirinya telah mengandungkan anak luar nikah. Mujur dia tidak bertindak di luar kawalan, mujur juga kandungannya masih selamat, jika tidak, Banisya pasti akan merasa menyesal seumur hidupnya.
‘Maaf kan ibu..”
Banisya berbicara sendiri sambil mengusap lembut perutnya, saat ini, dia telah berjanji untuk menjaga kandungan nya dengan baik. Dia tidak mahu ambil pusing lagi dengan Izdihar, biarlah lelaki itu dengan hidupnya, asalkan tidak mengganggu dirinya.
“Nisya, abang balik dulu..”
Izdihar segera meminta diri untuk pulang apabila melihatkan reaksi tidak senang daripada Banisya. Banisya langsung tidak mahu bercakap dengannya sejak 2 minggu yang lalu. Izdihar sendiri tidak tahu apa sebenarnya yang sedang bermain di fikiran Banisya.
“Bu.. along alik lulu..”
Tanpa menunggu jawapan dari Banisya, Ikmal terus saja mengucup pipi Banisya, terharu Banisya dengan kelakuannya itu. Perlahan Banisya bangun dan menarik Ikmal ke dalam pelukkannya, pipi Ikmal diciumnya beberapa kali. Tanpa disedari, air matanya merembes keluar, entah kenapa dia rasa bersalah kepada Ikmal kerana dia tidak menjaga dengan baik ‘adik’ Ikmal yang sedang dikandungkannya itu.
“Nape bu angis?”
“ Tak ada apa-apa sayang, along jaga diri tau, dengar cakap papa, ibu sayang along..”
Izdihar menghampiri keduanya, tubuh Ikmal diangkat ke atas dukungannya.
“Ibu sedih, sebab kita nak balik, esok kita datang lagi ok..”
“Ote.. tata.. ibu.. tata nenek..”
Banisya membalas lambaian Ikmal, perlahan-lahan rasa sebaknya berkurangan, kepalanya mula terasa berat, dia kembali berbaring, ingin menghilangkan kesakitan di kepalanya.

Cintaku Milikmu 2

Jam menunjukkan hampir pukul 11 malam, Banisya diserang kebimbangan kerana Mardhiah dan Ikmal masih belum pulang, dari petang lagi mereka keluar, sehingga sekarang masih belum pulang. Banisya bimbang jika terjadi sesuatu ketika dalam perjalanan, Banisya segera berisghtifar,
“Semoga dijauhkan perkara yang tidak baik.” Bisik hati kecilnya.
Selepas mendapat panggilan telefon petang tadi tergesa-gesa Mardhiah bersiap untuk keluar, Ikmal pula merengek-rengek untuk mengikut neneknya itu. Dalam keadaan kelam kabut itu Mardhiah menerangkan kepada Banisya bahawa abangnya baru sahaja kemalangan dan kini sedang di rawat di unit rawatan rapi.
Bunyi telefon yang nyaring mematikan lamunannya, pantas kaki di atur ke telefon. “Assalamualikum..” Kedengaran suara Mardhiah di hujung talian.
“Waalaikumsalam.. aunty kat mana?”
“Emm.. ada di rumah abang aunty lagi ni, tadi nak balik, tapi hujan pula, nak balik pun aunty rasa takut pula. Faham-faham sajalah, mata dah tua ni, nak memandu malam, hujan pula tu, jadi aunty balik esok saja lah.”
“Baiklah, buat Nisya risau saja, along mana aunty?”
“Ada tu, tengah seronok main dengan bapa saudaranya. Nisya, Abang Iz dah balik?” “Belum..”
“Iz ni, sejak akhir-akhir ni suka sangat balik lambat, tak apa lah, Nisya kunci rumah elok-elok, Abang Iz ada kunci sendiri kan.”
“Baiklah..”
Mardhiah memutuskan panggilan selepas memberi salam. Siaran televisyen langsung tidak menarik minat Banisya, entah kenapa dia masih berasa tidak sedap hati walaupun tahu Mardhiah dan Ikmal sudah berada dalam keadaan selamat, dia cuba mengendahkan rasa gusarnya itu. Akhirnya Banisya terlena di atas sofa dengan televisyen yang masih terbuka.
Banisya tersedar dari lenanya apabila terdengar ketukan bertalu-talu dari luar rumah. Matanya tiba-tiba menjadi segar, hatinya diserang kebimbangan,
“Siapa pula ni?” Tetapi dia tetap melangkah menuju ke pintu, sebelum membuka pintu dia mengintai ke luar melalui tingkap. Setelah memastikan Izdihar yang berada di luar rumah, baru lah dia berani membuka pintu, sekilas dia memandang jam di dinding, hampir pukul tiga pagi.
“Lambatnya balik.” Detik hati kecilnya.
Izdihar merempuh masuk sebaik saja pintu rumah dibuka, tubuh Banisya sedikit terdorong ke belakang apabila di rempuh oleh Izdihar. Alangkah terkejutnya Banisya melihat keadaan Izdihar, keadaannya agak tidak terurus, dari pandangan Banisya, Izdihar kelihatan seperti orang mabuk. Bau busuk yang keluar dari mulut Izdihar meyakinkan lagi tanggapan Banisya.
Banisya malas hendak masuk campur urusan peribadi Izdihar, tetapi dia tetap terkejut melihat keadaan Izdihar, kerana sepanjang hampir empat bulan dia di banglo ini, dia tidak pernah melihat Izdihar dalam keadaan begitu. Selepas menutup kembali pintu, dia segera hendak menuju ke biliknya. Semasa melalui ruang tamu, Izdihar yang terduduk di atas sofa secara tiba-tiba menarik lengannya, tersentak Banisya dengan perbuatan Izdihar itu.
“Apa ni abang Iz?”
Izdihar menarik tubuh Banisya ke arahnya membuatkan Banisya terduduk di atas ribaannya.
“Apa ni Abang Iz..! Lepaslah..!”
Banisya meronta-ronta cuba untuk bangun dari ribaan Izdihar, tetapi lelaki itu lebih cepat mengemaskan pelukannya. Banisya sudah mula hendak menangis, di kepalanya sudah terbayangkan perkara yang buruk sahaja..
“Diam..!”
Banisya menjadi kecut dengan suara nyaring Izdihar, air matanya juga sudah merembes keluar. Tetapi dia masih cuba untuk melepas diri dari Izdihar.
“Aku cakap diam.. diam lah..!”
“Lepaskan Nisya, tolong lah Abang Iz..”
Banisya cuba merayu kepada Izdihar, tetapi lelaki itu tidak mengendahkannya, Banisya merasa lemas dalam keadaan sebegitu di tambah pula dengan bau busuk dari mulut Izdihar membuatkan kepalanya mula berdenyut.
“Kenapa Sara buat abang macam ni?”
Nada suara Izdihar berubah mendadak, dia menangis di hadapan Banisya. Banisya sedikit kaget dengan keadaan emosi lelaki itu yang berubah secara mendadak.
“Abang sayangkan Sara, kenapa Sara buat abang macam ni? Kenapa Sara nak tinggalkan abang?”
Banisya merasakan pegangan lelaki itu semakin longgar, dia mengambil kesempatan itu untuk melepas diri, pantas dia bangun dari ribaan Izdihar dan berlari menuju kebiliknya.
“Sara..! Jangan tinggalkan abang..!”
Banisya tidak mempedulikan suara nyaring Izdihar, dia hanya mahu segera sampai kebiliknya. Belum sempat pintu biliknya ditutup, Izdihar merempuhnya dengan kasar. Pucat wajah Banisya melihat wajah bengis Izdihar, pintu bilik itu ditutup dengan kasar oleh Izdihar dan dikunci.
“Kau nak kemana hah?!”
“Tolong lah Abang Iz.. jangan buat macam ni..”
“Buat apa kau nak takut? Aku ni suami kau, bukan orang lain..!”
“Tolonglah Abang Iz..”
“Oo.. dengan jantan lain kau layan, dengan suami sendiri kau nak lari?!”
Banisya terpinga-pinga mendengar kata-kata Izdihar, tidak mengerti apa yang dimaksudkannya. Izdihar mengheret tubuh Banisya dengan kasar ke atas katil, kudrat yang ada pada Banisya tidak mampu untuk melawan Izdihar.
“Sakit Abang Iz..! Jangan buat macam ni..! Sakit Abang Iz..!”
Izdihar tidak mempedulikan rayuan Banisya, dia menindih tubuh gadis itu. Banisya menahan rasa perit di pipinya akibat ditampar berkali-kali oleh Izdihar apabila dia meronta-ronta untuk melepaskan diri. Tubuh Banisya semakin lemah kerana dipukul oleh Izdihar, pandangannya semakin kabur, dan kemudian semakin gelap.
Perlahan-lahan Izdihar membuka matanya, kepalanya masih terasa berat. Matanya tiba-tiba menjadi segar apabila melihat wajah Banisya begitu hampir dengannya, lebih memeranjatkan lagi apabila melihatkan dirinya dalam keadaan yang memalukan, tanpa sebarang pakaian. Dia bingkas bangun dan mencapai seluarnya yang berada di atas lantai.
“Ya Allah, apa yang aku dah buat ni?!”
Segala-galanya masih kabur, dia masih tidak dapat mengingati peristiwa yang telah terjadi semalam, melihatkan keadaan dirinya dan Banisya dia tahu dia telah melakukan sesuatu yang buruk kepada Banisya. Hatinya bergetar hebat, terketar-ketar dia menyelimutkan tubuh Banisya yang separuh terdedah itu, lebam-lebam di wajah Banisya menambahkan rasa gusarnya. Dia mengutip pakaiannya yang bertaburan di lantai dan segera berlalu ke biliknya.
Selepas membersihkan diri, Izdihar duduk termenung di atas katilnya. Perkara yang terakhir yang dia ingat ialah malam itu dia telah mengekori Maisarah sehingga ke kelab malam dan dia juga ternampak Maisarah bercumbuan dengan lelaki lain.
“Ya Allah, apa aku dah buat ni? Aku dah janji dengan ibu aku tak akan sentuh lagi air syaitan tu..! aku dah mungkir janji..!”
Apa yang diingatnya semalam, sebaik sahaja pulang ke rumah, Maisarah sedang menunggunya di ruang tamu dan dia telah menuntut haknya sebagai suami dari Maisarah.
“Tapi Maisarah dah lama keluar dari rumah ni, habis tu semalam siapa pula yang aku..”
Izdihar berishgtifar beberapa kali, wajahnya diraup beberapa kali dengan kedua belah tangannya. Terbayang di matanya wajah Banisya yang penuh dengan lebam-lebam.
“Apa yang aku dah buat ni..! Ya Allah, kenapa jadi sampai macam ni? Kenapa aku tak boleh kawal diri..! Apa aku nak katakan pada ibu?!”
********************
Selepas berkali-kali dia mengetuk pintu tetapi tiada tindak balas dari dalam rumah, Mardhiah membuka pintu dengan kunci yang terdapat padanya. Sebaik sahaja pintu terbuka Ikmal terus meluru ke bilik Banisya.
“Mana pula Iz ni? Kereta ada, tak pergi kerja ke dia?”
Mardhiah berbicara sendiri, dia hairan melihat keadaan rumah itu yang sunyi sepi, jam sudah hampir pukul 12 tengah hari, selalunya pada waktu ini Banisya sudah sibuk memasak di dapur, tetapi bayang gadis itu langsung tidak kelihatan.
“Nenek, nenek.. acik tak nak uka pitu.. long tuk dah.. acik tak nak uka pitu..”
Hati Mardhiah sudah mula merasa gusar, naluri ibunya mengatakan sesuatu yang buruk telah berlaku sepanjang ketiadaanya di rumah itu.
“Nisya, buka pintu ni.. aunty ni.. Nisya..”
Masih tiada sebarang respon dari Banisya. Tidak mahu membuang masa, Mardhiah pantas mengambil kunci pendua yang terdapat di dapur.
“Nisya..”
Banisya membatukan dirinya, Mardhiah tidak dapat melihat wajah gadis itu kerana Banisya duduk membelakangkan dirinya, hanya kedengaran esak tangisnya.
“Nisya..”
“Napa acik nangis nenek..?”
“Ya Allah, kenapa ni Nisya?”
Mardhiah memegang wajah Banisya yang kelihatan lebam, Banisya mengaduh kesakitan.
“Apa dah jadi ni? Kenapa muka Nisya lebam-lebam ni?”
Banisya masih diam membisu, air matanya tidak henti-henti mengalir. Hati Mardhiah menjadi berang apabila matanya tiba-tiba terpandangkan jam tangan milik Izdihar di atas lantai bilik itu.
“Apa yang Abang Iz dah buat pada Nisya?!”
Terketar-ketar Banisya cuba mengeluarkan suara, tetapi seakan tersekat di kerongkongnya. Tanpa menunggu Banisya menghabiskan ayatnya, Mardhiah pantas beredar keluar dari bilik itu. Dia tahu pasti Izdihar telah melakukan sesuatu kepada Banisya. Mengingatkan perangai lama Izdihar, tidak mustahil Izdihar melakukan sesuatu yang buruk kepada Banisya.
“Izdihar..!”
Bergema suara Mardhiah di dalam banglo dua tingkat itu. Mendengarkan suara Mardhiah yang nyaring itu, Ikmal pantas berlari mendapatkan Banisya, tanpa mempedulikan Banisya yang sedang menangis, dia terus memeluknya. Buat seketika hati Banisya terasa damai apabila tubuh kecil Ikmal mendakapnya dengan erat. Dengan berat hati Izdihar melangkah ke ruang tamu, dia tidak berani memandang wajah Mardhiah. Melihatkan wajah keruh Izdihar, Mardhiah semakin yakin sesuatu yang buruk telah berlaku.
“Apa yang Iz dah buat pada Nisya?”
Izdihar diam membisu, wajahnya tunduk memandang lantai.
“Cakap pada ibu, apa yang Iz dah buat pada Nisya?! Sampai lebam-lebam muka dia..! Iz dah buat apa?!”
Tanpa disangka-sangka Izdihar meluru ke kaki Mardhiah dan memeluknya dengan erat.
“Ampunkan Iz, ibu..! Iz dah buat dosa..! Iz tak sedar ibu..! Iz tak sengaja..!”
Mardhiah sudah dapat mengagak apa yang telah dilakukan oleh Izdihar, terasa lemah lututnya, dia jatuh terduduk di hadapan Izdihar.
“Kenapa Iz buat macam ni? Apa yang kita nak beritahu pada keluarga dia Iz..”
Izdihar mencapai pula kedua belah tangan Mardhiah,
“Iz akan tanggung semuanya ibu..”
“Senangnya Iz bercakap, kenapa boleh jadi sampai macam ni?!”
“Iz tak sedar ibu, Iz hanya nampak Maisarah..”
Tiba-tiba Mardhiah menarik tangannya dari pegangan Izdihar.
“Lagi-lagi perempuan tu..! Lupakan saja dia, kenapa susah sangat nak lupakan dia?! Dia dah musnahkan hidup Iz..! sekarang ni disebabkan dia, Iz dah musnahkan hidup Nisya..!”
“Iz tahu Iz dah buat dosa besar.. semua ni disebabkan air setan tu..! Tolong lah Iz ibu..!”
Mardhiah bingkas bangun langkahnya lemah diatur ke telefon.
“Assalmualaikum, Milah, Aunty Dhiah ni..”
***************************************************************
Sudah masuk tiga minggu peristiwa hitam itu berlalu, tetapi Banisya masih tidak dapat melupakannya. Tidur malamnya sering terganggu dengan mimpi-mimpi yang buruk. Jamilah susah hati melihat keadaan Banisya itu, hendak dikhabarkan pada keluarga Banisya di kampung, tidak dibenarkan pula, Banisya tidak mahu keluarganya merasa bimbang dengan dirinya. Mengenangkan nasib gadis itu membuatkannya dia mengeluh berat.
“Kenapa mengeluh sampai macam tu sekali Milah?”
Jamilah seakan tersedar dari mimpi, dia terlupa kini dia sedang berhadapan dengan suaminya, Yusof.
“Emm.. Nisya tu lah, saya tak tahu nak buat apa lagi.”
“Kan anak Aunty Dhiah tu dah berjanji nak bertanggungjawab, apa masalahnya lagi?”
“Eii.. senang saja abang bercakap kan? Nisya tu dalam trauma tau tak? Hari masa kita ambil dia tu, lebam-lebam muka dia, abang tak ingat ke? Entah apa yang di buat si Iz tu pun kita tak tahu. Saya tak sangka Iz tu macam tu, nampak baik saja.”
“Semua orang melakukan kesilapan, Iz tu pun bukan teruk sangat, kalau tak tak kan dia sanggup nak bertanggungjawab.”
“Hemm.. tengoklah nanti saya cuba pujuk dia lagi, saya pun tak tahu nak pujuk macam mana lagi, macam bercakap dengan batu pun ada, senyap je tak berkutik sikit pun.”
Yusof tersenyum sendiri melihat memek muka Jamilah.
“Senyum, senyum apa? Kita cakap dia senyum pula..”
“Sudah lah tu, minum dulu air teh ni, dah sejuk pun, malam ni awak pujuk lah lagi Nisya tu. Abang bukan apa, lagi lambat, lagi bahaya, buatnya ada isi nanti macam mana?” Jamilah mengakui ada benarnya kata-kata suaminya itu.
“Nisya terima saja lah lamaran Iz tu, ini untuk kebaikan Nisya juga.”
Seperti selalu, Banisya hanya mendiamkan diri, Jamilah hampir saja berputus asa untuk memujuk gadis itu.
“Kalau jadi apa-apa pada Nisya, macam mana mak di kampung? Kalau orang kampung tahu tentang ini, lagi malu Nisya sekeluarga. Sebelum terlambat, Nisya kahwin lah
dengan Iz, akak risau kalau-kalau tak sempat pula. Maafkan lah Iz, dia pun dah berjanji nak bertanggungjawab.”
“Nisya tak boleh terima dia kak, macam-macam Nisya rasa bila teringatkan dia. Benci, takut, sedih, semua ada, macam mana Nisya nak hidup dengan dia?”
“Nanti bila Nisya dah kahwin, mungkin semua perasaan tu akan hilang, buat masa sekarang, Nisya kena fikirkan masa depan Nisya, macam mana kalau Nisya mengandung? Minta maaf lah apa yang akak nak kata ni. Kalau Nisya tak nak kahwin dengan Iz, dengan keadaan Nisya sekarang ni, siapa lagi yang mahukan Nisya? Nisya kena berfikir secara rasional, bukan ikut emosi saja.”
Banisya terdiam seketika, hati kecilnya turut bersetuju dengan kata-kata Jamilah, lelaki mana yang mahukan kelapa yang telah di tebuk tupai?
“Tapi nanti apa pula kata mak, tiba-tiba nak kahwin?”
Jamilah mengeluh kelegaan melihatkan Banisya yang sudah mula termakan kata-kata pujuknya.
“Itu Nisya tak perlu risau, tahu lah akak dan abang Yusof uruskan, yang penting, Nisya setuju dengan pernikahan ni.”
Buat seketika mereka masing-masing membisu, Jamilah menunggu penuh sabar kata putus dari Banisya. Kalau boleh Jamilah tidak mahu menangguhkan lagi pernikahan mereka berdua, bimbang jika sesuatu yang lebih buruk akan terjadi.
“Ikut akak lah, Nisya pun dah tak tahu nak fikir apa lagi, apa pilihan yang Nisya ada sekarang?”
Jamilah tersenyum lebar mendengar kata setuju daripada Banisya, sekurang-kurangnya
pernikahan ini dapat mengurangkan rasa bersalahnya terhadap Banisya dan keluarga Banisya. “Itu Nisya jangan risau, isyallah, semua boleh diuruskan.”

*********************
“Abang tahu Nisya masih tak boleh terima semua ini, tapi abang rasa ini saja jalan yang terbaik untuk kita berdua. Abang tahu semua salah abang, abang minta maaf sangat-sangat.” Izdihar mati kata apabila Banisya langsung tidak membalas kata-katanya.
“Nisya, tolonglah bercakap dengan abang, kalau Nisya marah kan abang sekali pun, tolong lah, untuk hari ini saja, demi mak Nisya, jangan bermasam muka dengan abang, nanti mak Nisya kata apa pula.”
Banisya masih diam membisu, wajahnya masih terpaku memandang permandangan di luar rumah melalui tingkap yang terbuka luas.
“Nisya dengar tak apa yang abang cakap ni?”
“Hemm.. dengar.. Nisya tak pekak lagi, tahu lah Nisya nak bawa diri.”
Izdihar mengeluh lemah, keras sungguh hati gadis itu, tetapi Izdihar tidak menyalahkannya.
“Abang keluar dulu, nanti Nisya keluarlah, semua orang tengah tunggu Nisya.”
Banisya mengeluh kelegaan sebaik sahaja Izdihar meninggalkan bilik itu, berdua-duaan dengan lelaki itu membuatkan dirinya merasa seram sejuk, peristiwa hitam itu kembali terbayang di kepalanya setiap kali dia memandang wajah lelaki itu. Kini dirinya telah sah bergelar isteri kepada Izdihar. Dia tidak menyangka akan menjadi isteri pada usia semuda ini, kepada lelaki yang tidak dicintainya pula. Banisya segera berishtighfar panjang apabila memikirkan ini semua adalah qada dan qadar dari Ilahi, sebagai hamba dia seharusnya redha dengan apa yang berlaku. Namun jauh di sudut hati kecilnya masih ada rasa sesalnya, walaupun redha, tetapi dia tetap seorang insan yang biasa.
Dengan berhati-hati Banisya menuruni anak tangga, niat di hati hendak berkurung di dalam bilik sahaja, tetapi memandangkan sanak-saudara Izdihar yang hadir membantutkan niatnya itu.
Baju kurung yang dipakai untuk pernikahannya telah berganti dengan sepasang baju kurung berwarna biru lembut. Kakinya laju di atur menuju ke arah ibunya,
“Nisya dah solat?”
“Sudah, Isya dan Ziq mana mak?”
“Entah, tadi ada di depan, main dengan Ikmal, ada di luar kot. Kenapa Nisya salin baju ni? Nanti orang tak kenal pula mana satu pengantin.”
“Err.. rimas lah pakai baju tu, lagipun tadi berpeluh banyak, itu yang Nisya tukar baju ni.”
“Mak nak balik esok.”
“Eh, kenapa cepat sangat nak balik? Tunggu lah lagi dua tiga hari.”
“Isya dan Ziq kan sekolah, takkan nak ponteng sekolah pula?”
“Isya tak kisah mak, sambung cuti dua tiga hari lagi pun seronok juga.” Batrisya tiba-tiba menyampuk dari belakang ibunya.
“Hish..! buat terkejutkan orang saja..!” Batrisya tertawa kecil, bukan niatnya untuk mengejutkan ibu dan kakak nya itu.
“Opss.. sorry.. Kak Nisya, Abang Iz cari, dia ada di luar.”
“Buat apa dia cari Kak Nisya?”
“Eh akak ni, mana lah Isya tau.. akak pergi lah tanya dia sendiri.”
“Yelah, yelah..”
Dengan berat hati Banisya menuju ke laman rumah dua tingkat itu. Walaupun sekadar majlis yang ringkas, sebuah khemah untuk tetamu tetap disediakan. Dari dalam rumah Banisya dapat melihat dengan jelas Izdihar sedang berbual dengan beberapa orang tetamu yang langsung tidak dikenalinya.
“Abang Iz..”
“Nisya.. Mak Anjang, Pak Anjang, ini, kenalkan Nisya.”
Banisya menghulurkan salam kepada kedua suami isteri itu, sedaya upaya dia cuba menunjukkan wajah yang ceria.
“Ini mak saudara sebelah papa abang, tadi masa akad nikah diorang tak sampai lagi.” Banisya sekadar mengangguk tanda memahami penerangan yang diberikan oleh Izdihar.
“Kecil molek saja orangnya, kalau nak dibandingkan dengan Iz.”
Banisya dan Izdihar saling berpandangan apabila mendengar kata-kata daripada bapa saudara Izdihar itu, ternyata ada benarnya, tubuh Banisya hanya setinggi bahu Izdihar, buat seketika mereka berdua saling berpandangan.
Menjelang asar, semua tetamu sudah mula mengundurkan diri, Banisya membantu ibunya mengemas bahagian dapur, dia tidak betah untuk duduk sahaja.
“Ibu.. nak andi..” Tergamam seketika Banisya apabila mendengar kata-kata Ikmal, Ikmal memanggilnya dengan panggilan ibu.
“Ibu..” Tangan kecil itu menarik lembut tangannya.
“Nisya pergilah mandi kan Ikmal dulu, lagipun tinggal sikit saja nak kemas ni.”
“Emm.. baiklah..”
“Nak ukung..”
Banisya hanya menurut kata-kata Ikmal, semasa hendak menaiki tangga, mereka berselisih dengan Izdihar.
“Papa.. nak ukung.. nak ukung..”
“Along ni, tadi kata nak mandi..”
Banisya cuba mengimbangkan diri apabila Ikmal meronta-ronta hendak pergi kepada Izdihar.
“Ok..ok.. papa dukung..”
Izdihar mengambil Ikmal dari Banisya, keadaan tangga yang sempit itu membuatkan tubuh mereka begitu hampir, membuatkan Banisya malu sendiri berada dalam situasi itu.
“Nak mandi dengan siapa ni?”
“Ngan ibu..”
Izdihar tersenyum kecil apabila mendengar Ikmal memanggil Banisya dengan panggilan ibu, ternyata anaknya itu cepat belajar, baru semalam dia berpesan kepada Ikmal agar memanggil Banisya dengan panggilan ibu dan hari ini Ikmal dapat melakukannya dengan baik sekali.
“Nak mandi dengan ibu, tapi papa kena dukung sampai atas ye?”
Ikmal sekadar tersengih mendengar kata-kata Izdihar. Banisya mengekori dari belakang sehingga mereka sampai ke tingkat atas.
“Nisya kalau nak mandi, bolehlah guna bilik abang, tak perlulah guna bilik ibu, lagipun barang-barang Nisya kan dah dipindahkan ke bilik abang.”
Banisya hanya mendiamkan diri sambil tangannya sibuk menanggal pakaian Ikmal.
“Abang akan pindah ke bilik tetamu, Nisya tak perlu risau, barang-barang abang pun dah dipindahkan ke bilik tu.”
Izdihar menambah kata-katanya apabila melihat Banisya tidak bersuara.
“Nisya ikut saja.”
Izdihar tersenyum lega mendengar persetujuan dari Banisya. Banisya adalah menantu di rumah ini, tak tergamak Izdihar membiarkan Banisya tinggal di bilik bawah yang di khaskan untuk pembantu rumah. Lagipun bilik itu telah meninggalkan sejarah hitam buat Banisya.
Selesai memandikan Ikmal, Banisya tidak lagi melihat kelibat Izdihar. Banisya merasa sedikit terharu apabila melihat semua pakaiannya tersusun rapi di dalam almari baju Izdihar. Dia sendiri tidak pasti bila barang-barangnya dipindahkan ke bilik ini, mungkin semasa ketiadaannya beberapa minggu yang lalu. Seingat dia sewaktu keluar dari rumah ini, dia hanya membawa beberapa helai pakaian sahaja. Pakaian yang di bawanya dari rumah Jamilah dipunggah keluar dan disusun rapi di dalam almari. Buat seketika dia terlupakan tentang Ikmal, sejak akhir-akhir ini dia terlalu banyak mengelamun hingga terlupakan orang di sekelilingnya. Selesai mengemas, baru dia terfikirkan tentang anak kecil itu, rupa-rupanya Ikmal telah terlena di atas katil, Banisya sendiri tidak pasti bila Ikmal terlena.
“La.. dah tidur rupanya dia, patut lah nenek panggil dia tak menyahut.”
“Eh.. aunty cari Ikmal ke?”
“Tadi dia kata nak air milo, tapi nak mandi dulu, alih-alih, tidur pula dia.”
“Nisya pun tak perasan bila dia tertidur.”
“Emm.. tak apalah, nanti ibu simpan milo tu dalam ice box lah.”
Dengan berhati-hati Mardhiah menutup pintu bilik, bimbang mengejutkan Ikmal, dia duduk bersimpuh di sebelah Banisya.
“Nisya, boleh ibu tanya sikit?”
“Tanya apa?”
“Nisya marah kan ibu ke?”
“Eh, tak adalah, kenapa pula Nisya nak marah.”
“Nisya jarang sangat bercakap dengan ibu sejak balik dari rumah Milah, sebab tu ibu ingatkan Nisya marah kan ibu.”
“I..bu..”
Nisya memberanikan diri memanggil Mardhiah dengan panggilan ibu, terasa kekok pula.
“Nisya ada nak cakap apa-apa, bagitahu lah, ibu takkan marah.”
“Emm.. sebenarnya.. Nisya rasa kekok dengan keadaan kita sekarang ni, mungkin sebab tu Nisya tak banyak bercakap.”
“Maksud Nisya?”
“Yelah, tiba-tiba daripada majikan, jadi mak mertua pula..”
“Oh.. sebab itu lah.. Nisya, ibu tak pernah memilih menantu, dah tersurat Nisya jadi menantu ibu.”
“Tapi Nisya ni sekadar gadis kampung saja.”
“Ibu pernah bermenantukan orang bandar Nisya, bukan semua di bandar ni bagus. Ibu tahu semua ini bukan kehendak Nisya, Ibu nak minta maaf dengan Nisya kerana melibatkan Nisya dalam masalah keluarga ini. Semua ni salah ibu, tak pandai menjaga anak.”
“Nisya tak salah kan ibu, tapi Nisya harap ibu boleh bagi masa kepada Nisya untuk sesuaikan diri.. Nisya..”
Belum sempat Banisya menghabiskan ayatnya, tiba-tiba wajahnya berkerut seakan sedang dalam kesakitan dan beberapa saat kemudian dia terus meluru ke dalam bilik air. Mardhiah sedikit tergamam dengan apa yang berlaku. Naluri ibunya seakan mengerti apa yang akan bakal berlaku selepas ini.
Mardhiah mengurut perlahan belakang Banisya, wajah Banisya sudah bertukar kemerahan, habis semua isi perutnya dimuntahkan.
“Nisya dah ok sikit?”
Banisya mengangguk lemah, Mardhiah memimpin Banisya ke katilnya.
“Nisya rehat lah dulu, biar ibu bawa Ikmal ke bilik ibu.”
Banisya mengangguk lemah, kepalanya sudah mula terasa berdenyut. Dengan berhati-hati Mardhiah mengangkat tubuh kecil Ikmal, dia tidak mahu mengganggu Banisya berehat. Selepas tubuh Ikmal diletakkan di atas katil di biliknya, Mardhiah segera mencari Izdihar, Izdihar harus diberitahu segera tentang keadaan Banisya.
Kelihatan Izdihar sedang khusyuk menonton rancangan televisyen bersama Haziq dan Huzaifah.
“Iz..”
“Ibu.. Along mana?”
“Dia dah tertidur kat atas lepas mandi tadi. Ikut ibu ke bilik bacaan sekejap, ada benda ibu nak bagitahu.”
Izdihar hanya menurut kata-kata ibunya, Haziq dan Huzaifah pula masih khusyuk menonton televisyen, ketiadaan Izdihar langsung tidak disedari.
“Kenapa ni ibu?”
“Ibu rasa Nisya dah mengandung.”
“Mengandung? Mana ibu tahu ni?”
“Tadi dia muntah teruk kat atas.”
“Macam mana ni ibu, kalau mak Nisya tahu macam mana?”
“Esok ibu bawa Nisya ke klinik, Iz kena hantar balik family Nisya seorang diri saja lah, Nisya tak boleh ikut. Ibu takut nanti jadi apa-apa kat rumah dia, mak dia syak pula nanti.”
“Tapi, boleh ke ibu, nanti apa pula kata mak dia, anaknya tak ikut balik sekali.”
“Nanti pandai lah ibu nak pujuk mak Nisya tu.”
“Ibu, Iz minta maaf kerana menyusahkan ibu, dari dulu sampai sekarang Iz asyik menyusahkan ibu saja.”
“Hemm.. sudah lah, benda dah jadi pun, apa yang penting sekarang Iz kena jaga Nisya baik-baik, dia amanah Iz, lupakan apa yang telah terjadi, kita buka buku yang baru. Ibu nak bawakan air minuman untuk Nisya, Iz buat biasa saja, tahu lah ibu nak uruskan.”
Hampir pukul 2 pagi, Banisya terjaga dari tidurnya, selepas makan ubat petang tadi, dia terus terlena, rasa loya yang kuat membuatnya terjaga, tanpa sempat memasang lampu, dia meluru ke dalam bilik air, menghamburkan segala isi perutnya. Izdihar yang sedang tidur di sofa juga turut terjaga apabila mendengar bunyi bising di bilik air.
“Kenapa ni Nisya?”
Banisya tidak membalas pertanyaan Izdihar, sebaliknya terus menghamburkan isi perutnya. Izdihar turut bersimpati dengan Banisya, dia sendiri tidak tahu apa yang hendak dilakukan, kesudahannya dia hanya mengurut perlahan belakang Banisya, niatnya hanya mahu memberikan kelegaan kepada Banisya. Tetapi tanpa di sangka-sangka Banisya menepis kasar tangannya.
“Apa ni..!”
“Nisya.. abang cuma..”
Banisya merapatkan tubuhnya ke sinki, rasa loyanya sudah berkurangan, timbul pula rasa seram sejuk apabila melihat Izdihar begitu hampir dengan dirinya. Izdihar menjarakkan dirinya apabila melihat wajah Banisya yang dalam ketakutan itu.
“Sorry, abang tak ada niat lain, abang cuma nak tahu keadaan Nisya je.”
Izdihar berlalu keluar dari bilik itu apabila tiada sebarang respon daripada Banisya.
Izdihar kembali semula ke bilik dengan sebotol air masak dan gelas kosong. Banisya bingkas bangun apabila melihat Izdihar memasuki bilik itu, matanya tidak lepas dari memandang Izdihar, rasa seram sejuknya kembali semula.
“Ni air minuman, Nisya rehat lah, abang nak tidur dulu.”
Banisya hanya menjadi pemerhati setia melihat Izdihar meletakkan botol berisi air minuman itu di atas meja bersebelahan katilnya. Setelah itu Izdihar berbaring pula di atas sofa kecil di sudut bilik itu. Timbul rasa kasihan pada Banisya melihatkan keadaan Izdihar itu, tetapi dipendamkan saja di dalam hatinya.
“Maafkan Nisya kerana tak boleh jadi seorang isteri yang baik.”
Ucapan itu tidak mampu diluahkan kepada Izdihar, hanya bergema di dalam hatinya sahaja.
“Alhamdullilah, semua berjalan lancar, senang hati saya tengok diorang berdua dah selamat, terima kasih lah Wiyah kerana sudi terima anak akak tu.”
“Ish.. tak ada apa-apa lah, sepatutnya saya yang patut berterima kasih kerana keluarga Kak Dhiah sanggup terima Nisya sebagai menantu rumah ini. Nisya tu dah la muda lagi, takut tak pandai nak uruskan keluarga Kak Dhiah pula.”
“Akak ni, bukan lah nak memuji sebab Nisya tu menantu akak, tapi Nisya tu memang pandai uruskan rumah tangga, sejak dari mula-mula dia bekerja di sini lagi. Sebab tu akak tak ragu-ragu dengan keputusan Iz untuk mengambil Nisya sebagai isteri dia.”
Zawiyah tersenyum kelegaan mendengar kata-kata Mardhiah. Dia tidak henti-henti memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana telah memberikan suami dan mertua yang baik buat anaknya itu.
“Wiyah nak balik hari ini juga ke? Tak nak rehat sehari dua dulu?”
“Bukan Wiyah tak nak, tapi esok kan dah mula sekolah.”
“Ye tak ye juga, lupa pula akak, ye lah, anak dah lama tak sekolah, mana lah ingat hari-hari sekolah dah.”
“Lepas zohor, boleh lah bertolak, nanti kalau lambat-lambat kasihan pula pada Iz.”
“Emm.. boleh tak kalau Nisya tak ikut sekali? Bukan apa, akak nak ke klinik, akak ingat nak ajak Nisya temankan, dari semalam tak sedap badan.”
“Eh, tak apa, kalau akak pergi ke klinik seorang diri lagi bahaya, kalau jadi apa-apa, boleh juga Nisya tengok-tengokkan.”
Mardhiah tersenyum kelegaan mendengar kata-kata Zawiyah. Niat Mardhiah hanya satu, tidak mahu mengeruhkan keadaan, dia tidak mahu Zawiyah mengetahui keadaan sebenar yang telah menimpa Banisya.
Banisya mengeluh kelegaan apabila mengetahui dia tidak perlu menghantar ibunya pulang ke kampung, lebih baik ibunya tidak mengetahui keadaan dirinya sekarang. Perbualannya dengan Mardhiah lewat petang semalam kembali mengganggu fikirannya.
“Esok kita pergi klinik, buat pemeriksaan, ibu rasa Nisya bukan salah makan ni.” Banisya menelan air liur mendengar kata-kata Mardhiah, hatinya tiba-tiba diserang kebimbangan. Entah kenapa air matanya tiba-tiba sahaja mengalir keluar.
“Eh, kenapa menangis ni?”
“Nisya takut bu..”
Mardhiah memeluk erat tubuh Banisya, hati ibunya tersentuh melihatkan keadaan Banisya.
“Jangan takut, ibu ada bersama Nisya..”
“Kak, buat apa duduk atas tangga ni?”
Teguran Huzaifah mematikan lamunannya, dia melemparkan senyuman kepada adik bongsunya itu.
“Tak ada apa-apa lah, awal adik akak ni bangun?”
“Huzai lapar la kak..”
“Ni dah gosok gigi belum?”
“Belum..”
“Ha.. pergi gosok gigi dulu, lepas tu baru boleh makan.”
Walaupun dengan wajah yang masam, Huzaifah tetap menurut arahan Banisya. Seketika kemudian terdengar tangisan Ikmal dari bilik Mardhiah, Banisya bergegas menuju ke bilik itu.
“La.. menangis kenapa ni?”
Tangisan Ikmal terus berhenti sebaik sahaja melihat wajah Banisya.
“Nak cucu..”
“Ish.. bangun-bangun tidur terus minta susu, jom mandi dulu, lepas mandi baru acik bagi susu.”
“Nak cucu.. nak cucu..”
Ikmal melompat turun dari katil dan terus berlari keluar dari bilik itu. Banisya cuba mengejar anak kecil itu, perbuatannya mengundang padah apabila tiba-tiba terpijakkan kereta mainan milik Ikmal, menyebabkan dia tidak dapat mengimbangi tubuhnya.
Segala-galanya berlaku dengan pantas, sedar-sedar saja dia sudah berada dalam pelukan Izdihar. Tanpa disedari Banisya juga turut berpaut pada tubuh Izdihar untuk mengimbangkan dirinya dari terjatuh.
“Along..! berapa kali papa pesan, simpan barang mainan ni elok-elok..! bahaya betullah..!”
“Kenapa Iz?!”
Semua orang menuju ke tangga untuk melihat apa yang telah terjadi.
“Ehem.. romantiknya pagi-pagi ni.”
“Hish..! sibuk je Ziq ni.”
“Sakit lah Angah..!”
Haziq mengaduh kesakitan apabila di cubit oleh Batrisya. Izdihar segera melepaskan tubuh Banisya apabila tersedar mereka masih berpelukkan di hadapan semua orang. Wajah Izdihar dan Banisya masing-masing kemerahan menahan malu.
“Err.. tak ada apa-apa bu, Nisya ni hampir nak terjatuh tangga tadi sebab terpijakkan kereta mainan along tu.”
“Nisya ok ke tu?”
“Err.. ok..ok..”
Tanpa menunggu lama Banisya terus turun berlalu ke dapur, dia merasa begitu malu dengan kejadian sebentar tadi. Izdihar pula cuba berlagak selamba dan terus menuju ke ruang tamu mencari kelibat Ikmal.
“Ada-ada saja lah diorang ni, mujur tak jadi apa-apa, mana si along ni, nak kena dia ni.. berapa kali dah kita pesan, simpan barang mainan tu elok-elok. Ha.. tu pun dia..!”
Ikmal segera berlari dan menyorok di sebalik tubuh Banisya apabila melihat neneknya meninggikan suara.
“Dah la Kak Dhiah, budak-budak, biasalah, lagipun tak ada apa-apa jadi pada Nisya, sepatutnya Nisya tu yang kena lebih berhati-hati.”
Mardhiah mengeluh lemah mendengar kata-kata Zawiyah, hatinya cukup bimbang mendengarkan Banisya hampir terjatuh tadi.
“Tahu takut, lain kali buat lagi, tahu lah papa nak buat apa dengan along..!”
Ikmal terus menangis apabila dimarahi oleh Izdihar pula, tubuh Banisya dipeluk erat. “Dah, dah, jangan nangis, jom kita minum susu..”
Banisya mengangkat tubuh Ikmal dan kedua pipi anak kecil itu diciumnya.
“Bucuk la anak ibu ni, dah, jangan nangis..”
Banisya mendukung Ikmal sehingga ke dapur, tangisan Ikmal segera berhenti apabila dihulurkan botol susu oleh Banisya.
Izdihar menggelengkan kepala melihat keletah Ikmal, sejak akhir-akhir ini Ikmal agak manja dengan Banisya. Ikmal seringkali bertanyakan tentang Banisya sepanjang tiga minggu ketiadaannya di rumah ini. Anak kecil itu demam hampir tiga hari kerana merindukan Banisya, sengaja Izdihar tidak menceritakan kejadian itu kepada Banisya, dia tidak mahu menambahkan kekusutan yang ada pada Banisya.